Muzakarah UMNO PAS Bakal Ditentang Keras Nik Aziz?

Umno bersifat terbuka berhubung kesediaan Pas bermuzakarah dengan parti itu mengenai hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini. Sebenarnya perkara ini telah amat lama dinantikan oleh rakyat. Perpecahan bangsa Melayu yang berlaku disebabkan fahaman parti yang berbeza telah menyebabkan bangsa Cina dalam DAP melukut ditepi gantang. Strategi pecah dan perintah telah diimplentasikan dengan cukup senang hati oleh mereka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuat kenyataan akan kesediaan PAS bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini. Ini merupakan satu langkah yang telah didendangkan sekian lama namun masih belum terlaksana. Perkara itu bukan satu tawaran hanya kepada Umno atau BN umumnya, tetapi juga kepada kumpulan ulama, cendekiawan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tanpa mengenepikan agama lain. Apabila kita mahu fokus dalam memperjuangkan Islam, kita harus tahu bahawa agama lain harus dihormati.

Sebelum ini Nik Aziz telah menegaskan bahawa tidak akan timbul lagi sebarang muzakarah untuk melakukan kerjasama dengan UMNO meskipun tindakan itu dilihat mampu menyatukan kembali umat Islam yang terpisah di negara ini hanya kerana POLITIK. Malahan beberapa kenyataan dari para pemimpin PAS seperti Mustapha Ali yang menyindir UMNO yang menerima baik sekiranya PAS mahu bermuzakarah juga amat kita kesalkan. Mustapha Ali menuduh UMNO salah faham atau berpura-pura tidak faham . Ini kerana sebarang usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO di bawah satu bumbung sudah “mati”.

Sesungguhnya UMNO cukup terbuka bergantung kepada skop mereka dan penjelasan lanjut daripada pihak Pas perlu untuk memudahkan proses muzakarah demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu. Bermuzakarah adalah satu langkah yang amat baik dan harus dilihat dengan roh atau semangat ikhlas yang dicadangkan oleh Haji Hadi dan kepimpinan Pas. Oleh itu perundingan tersebut jangan ditangguhkan dan semua pihak harus terbuka untuk menerima baik cadangan yang dibuat Presiden Pas tersebut.

Pada ucapan penggulungan Muktamar Agung Pas ke-59 yang diadakan di Shah Alam, kelmarin, Abdul Hadi menyuarakan hasrat untuk muzakarah dengan Umno dalam isu pelaksanaan Islam berasaskan ajaran Islam di negara ini. Menurut Haji Hadi, jika Umno mahu melaksanakan Islam dengan bersungguh-sungguh mereka bersedia bermuzakarah bersama parti berkenaan.

Cadangan dari Haji Hadi bakal membuatkan DAP kecut perut. Ini bakal menghancurkan cita-cita DAP untuk memecahbelahkan umat Islam dan mempergunakan mereka untuk memastikan bangsa Cina menjadi Perdana Menteri Malaysia. Adakah kita bakal melihat DAP mengeluarkan kenyataan keras berkenaan kesediaan PAS bermuzakaran dengan UMNO ini? Atau adakah Anwar Ibrahim akan memainkan peranan utama dalam menggagalkan muzakarah ini?

Dalam beberapa penggal ini bangsa Cina telah terlalu berani mengeluarkan beberapa kenyataan menghina dan mencaci kemuliaan agama Islam. Mereka berani bertindak sebegini kerana yakin bahawa bangsa Melayu telah terlalu lemah kerana telah berpecah dengan teruknya akibat fahaman politik. Maka bangsa Cina yakin bahawa bangsa Melayu tidak akan mampu bangkit mempertahankan maruah bangsa Melayu dan Islam.

Umat Islam di Malaysia telah lama berharap agar bangsa Melayu dapat bersatu semula atas nama Islam dan kiblat yang satu. Semoga usaha murni ini akan dapat dilaksanakan secepat mungkin. Bagi talibarut yang cuba menggagalkan usaha ini, anda sepatutnya lebih banyak muhasabah diri. Kita berjuang atas kebenaran demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair.


Harap PAS bukan topeng semata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana