Majoriti Rakyat Tolak Kenaikan Drastik Gaji 100% Wakil Rakyat Selangor

Majoriti rakyat menolak kenaikan drastik gaji baru wakil rakyat Selangor. Bagi mereka kenaikan 100% terlalu tinggi dan tidak sesuai di buat pada masa sekarang.
Rujuk jadual kenaikan gaji wakil rakyat Selangor
Jika dilihat di facebook, ramai yang bagi komen-komen negatif, namun positif. Tak kira dari pihak pembangkang ataupun kerajaan.

Yang positif ;  

1. Kenaikan ini berpatutan sebab mereka memang buat kerja di Selangor. Boleh nampak perubahan ketika zaman PR tadbir negara berbanding zaman BN. So apa salahnya mereka2 yang buat kerja dan tunjukkan prestasi yang cemerlang dinaikkan gaji?

 2. Gaji semasa tidak bersesuaian dengan kos sara hidup semasa. So kenaikan ini sebenarnya sejajar dengan perubahan semasa.

 Manakala komen-komen berbaur negatif..

 1. Kenaikan ini tidak perlu memandangkan keadaan sekarang di mana rakyat Selangor masih lagi berhimpit dengan pelbagai masalah hidup antaranya kos sara hidup yang tinggi dengan harga rumah yang mahal. Sepatutnya wang tersebut digunakan untuk kebaikan rakyat terlebih dahulu.

  2. Kenaikan jika perlu, kenapa mesti sampai 100%? Bahkan ada yang sampai 300% pun ada. Adakah kenaikan itu wajar? Dan setimpal dengan bidang kerja masing2? Tak nampak ke macam gaji tersebut dinaikkan terlalu banyak?

 3. Kenapa tidak gunakan wang tersebut untuk kebaikan rakyat terlebih dahulu. Focus kepada rakyat = golongan majoriti, bila kebajikan mereka sudah terjaga baru kita focus bab2 kurang penting seperti kenaikan gaji.

Kadang2 betul juga pendapat dorang. Wakil rakyat kalau bergaji rendah pun susah nak bergerak dan bantu orang sana sini. Bahkan gaji yang tinggi akan memungkinkan unsur2 rasuah dapat dikurangkan, tetapi sayangnya kenaikan ini diperlihatkan terlalu banyak. 

Kerja kat mana-mana pun kita mesti nakkan gaji naik dari tahun ke tahun, cuma jangan la dinaikkan terlalu banyak sekaligus.


Kenyataan Media 
27 November 2013

Jangan Mewakilrakyatkan Ekonomi Selangor

Dalam keadaan rakyat masih terus bergelut dengan tekanan hidup yang memuncak ketika ini, ketika warga kota baru boleh menarik nafas lega dengan keputusan rejim Pemerintah menangguhkan kenaikan cukai taksiran, negara terus dikejutkan dengan tindakan pemain politik tempatan yang seolah-olah lupa akan keperitan hidup rakyat. 

ADUN-ADUN Selangor bakal menikmati durian runtuh dengan pengumuman kenaikan elaun mereka sehingga 200% dan dalam masa yang sama Menteri Besar Selangor hanya mengumumkan imbuhan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri tersebut. 

SAMM Johor melihat tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang ditunjangi Pakatan Rakyat ini tidak jauh bezanya dengan tindakan Kerajaan Negeri Sarawak naungan Barisan Nasional. Terus tidak mempedulikan jeritan rakyat yang semakin perit menanggung beban kehidupan seharian sebaliknya hanya memenuhkan kocek masing-masing. Tiada beza diantara rejim Pakatan Rakyat Selangor dan rejim Barisan Nasional Sarawak. 
Malah, SAMM Johor masih ingat lagi beberapa minggu sebelum ini Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor untuk meningkatkan perbelanjaan yang memberikan faedah kepada rakyat bukannya untuk menaikkan gaji dan elaun mereka yang berada di koridor kuasa semata-mata.

Mengapa jawatan Wakil Rakyat ini dijadikan satu kerjaya yang sungguh eksklusif dengan tangga gaji yang mewah? Ini sudah tentunya akan menggalakkan perebutan untuk jawatan tersebut kerana terpesona dengan aroma wang ringgit semata-mata, bukannya berlumba-lumba untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Angka berbelas ribu hingga berpuluh ribu elaun ini sudah pasti akan mengelabui mata rakyat.

Kenaikan drastik elaun ADUN-ADUN Selangor ini hampir menyamai elaun Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Malah, elaun untuk Speaker DUN kalau pun tidak lebih namun ia sudah hampir menyamai elaun Speaker Dewan Rakyat. Adakah DUN Selangor sering bersidang seperti Parlimen Malaysia sehingga mewajarkan elaun ADUN dinaikkan. Jumlah Persidangan DUN juga lebih pendek daripada Dewan Rakyat, maka dimana kewajaran kenaikkan elaun yang dicadangkan. 

SAMM Johor sangat kecewa dengan pengumuman kenaikan elaun tersebut. Tiadalah beza antara rejim Pakatan Rakyat dengan rejim Barisan Nasional. Kedua-duanya hanya akan memikirkan keuntungan diri sendiri di puncak kuasa sedang rakyat terpaksa memotong perbelanjaan harian kerana kos taraf hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. 

SAMM Johor turut mendesak rejim Pakatan Rakyat Selangor untuk membatalkan kenaikan drastik ini sebaliknya menggunakan peruntukkan tersebut bagi memberikan lebih banyak faedah kepada rakyat. Jadilah sebuah Kerajaan Pemerintah yang sentiasa menjadikan rakyat sebagai keutamaan sejajar dengan Agenda MES, Merakyatkan Ekonomi Selangor bukan Mewakilrakyatkan Ekonomi Selangor. Ingatlah, jawatan yg disandang itu adalah amanah yg diberikan oleh rakyat, ianya bukan untuk menyenangkan kehidupan kamu.

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor
SAMM Johor

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana