AMEKKAU!! Maki Dan Ancam Polis Trafik Di FB : Remaja Bakal Dipenjara 2 Tahun!!

Ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, ikut hati MATI!!!

Seorang anggota Polis Trafik IPD K.Pilah semasa bertugas kawalan kesesakan lalu lintas di Jalan Dato Ulu Muar Kuala Pilah pada 25/11/13 jam 10.30 pagi telah mengambil tindakan saman ke atas sebuah kenderaan yang menghalang lalu lintas,

Pemilik kereta seorang lelaki Melayu umur 20an mempersoalkan tindakan saman dan pada masa sama lelaki tersebut bertindak mencabar dan mencekak baju serta merakam gambar anggota Polis Trafik tersebut menggunakan handphone.

Anggota Polis Trafik itu dgn tenang "TIDAK MELAYAN" provokasi pemilik kereta tersebut & beredar dari tempat kejadian.

Disebabkan TIDAK PUAS HATI dgn KETENANGAN Polis Trafik itu, dia telah muat naik gambar tindakannya ke Facebook dgn kata2 makian & UGUTAN.

Menurut sumber, Satu lapuran Polis dibuat selepas kejadian berlaku.

Tindakan:

1) Bertindak diatas kejadian Polis Kuala Pilah menyiasat kes dibawah sek. 353 kanun keseksaan kesalahan menggunakan kekerasan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

2) Lelaki disyaki telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah.

3) Sek.352 KK membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua duanya sekali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana