Ahli Parlimen Sarkas pembangkang gesa gaji Menteri dan Perdana Menteri dipotong kerana dikatakan makan duit rakyat.

Tapi tup tup di Selangor Gaji Adun dan Exco naik mendadak. Bayangkan gaji Khalid Ibrahim je dah macam gaji PM. Tu belum kira lagi gaji Adun + Exco = Puluh ribu sebulan.

Kalau tang kita depa kata pembaziran tapi kalau tang depa dikatanya pulak hasil titik peluh.

Titik peluh kepala bapak depa lah. Duit rakyat juga tu depa kebas. Apalah sangat uruskan negeri berbanding Malaysia?

Takde Demo ke bantah pasal ni? Ohhh lupa Demonstrasi di Selangor tak dibenarkan kerajaan Pakatan. Merakyatkan Ekonomi Selangor Duit Puluh Ribu masuk poket Pemimpin Rakus Pakatan.

Tahniah le rakyat Selangor. PRU14 Undi lagi.

Gaji Menteri Besar Selangor sebelum ini adalah RM 14,175.15 meningkat kepada RM29,250. ADUN RM6,000 kepada RM11,250.

Speaker Dewan RM6109.29 kepada RM22,500. Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750.

Manakala Ahli Mesyuarat RM 6106.29 kepada RM13,250.

Jumlah kenaikan gaji ini akan melibatkan peruntukan lebih daripada RM10 juta iaitu kenaikan sebanyak RM5,751 541.92 daripada tahun 2011.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana