Zulkifli: Jangan salah guna ayat al-Quran

SHAH ALAM - Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng diingatkan supaya tidak menyalahgunakan ayat al-Quran untuk mempertikaikan tindakan Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi bahasa Melayu mingguan Katolik The Herald.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata demikian mengulas tindakan Jui Meng apabila bertindak ‘berani’ mengeluarkan status di laman Twitter miliknya dengan memaparkan tafsir Surah Al Imran ayat 64 sebagai respons kepada keputusan mahkamah.

“Saya ingin ingatkan Chua Jui Meng supaya membaca kesemua ayat dalam dalam Surah Al-Imran bermula ayat 64 hingga 77, bukannya baca separuh sahaja.

“Al-Quran bukan seperti buku Doraemon yang boleh dibaca sesuka hati. Al-Quran perlu dibaca dengan tertib, sebenarnya dalam surah Al-Imran yang ‘dibaca’ Jui Meng itu menempelak orang Kristian,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Justeru, beliau menyarankan supaya parti sekutu PKR, Pas menasihatkan Jui Meng supaya tidak menjadikan ayat al-Quran sebagai bahan sendaan atau modal politik.

“Ini masanya pemimpin Pas membetulkan Jui Meng dengan memperkenalkan Islam kepadanya supaya tidak timbul lagi perkara seperti ini.

“Itu pun kalau betul mereka (Pas) bersekongkol dengan DAP dan ahli PKR yang bukan Islam untuk mendekatkan mereka dengan Islam,” kata beliau.

Terdahulu, Jui Meng yang juga bekas Menteri Kesihatan itu, mengeluarkan status di laman Twitter miliknya yang mempersoalkan keputusan larangan kalimah ALLAH dalam edisi bahasa Melayu The Herald selepas mahkamah memutuskan perkara tersebut pada 14 Oktober lalu.

Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu membuat keputusan sebulat suara untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan The Herald.

 Dalam keputusan itu, panel tiga anggota hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata: “Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama ALLAH bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana