Zahid - Malaysiakini saling melontar amaran

SHAH ALAM: Sehari selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi memberi amaran kepada portal Malaysiakini supaya tidak memutarbelit kenyataannya, portal itu pula memberi amaran balas kepada beliau untuk menghentikan apa yang disifatkan cubaan menakut-nakutkan wartawan portal pro-pembangkang itu.

Pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran berkata sebagai Menteri, Zahid bertanggungjawab menjawab soalan  wartawan dan tidak perlu memberi apa-apa amaran kepada Malaysiakini.

Rakaman video kelmarin menunjukkan Zahid beberapa kali menegur Malaysiakini kerana dikatakan sering memutarbelitkan kenyataan beliau dan berkata beliau tidak menyalahkan wartawan tetapi majikan portal itu.

Ditanya wartawan Malaysiakini apa kenyataan khusus Zahid yang diputarbelitkan, Naib Presiden Umno menjawab bahawa beliau sudah lama menjadi mangsa fitnah Malaysiakini.

Premesh berkata Zahid tidak harus memberi amaran kepada wartawan portal itu  tetapi sebaliknya membawa isu itu terus kepada Malaysiakini.

"Jika Menteri Dalam Negeri percaya bahawa Malaysiakini tersalah lapor kenyataan beliau, beliau sebenarnya boleh menghubungi kami untuk pembetulan," katanya.

Malah Pramesh itu menawarkan untuk berjumpa dengan Zahid untuk membincangkan laporan yang didedahkan mereka.

"Jika dia merasakan kita tidak adil kepada beliau, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana Menteri lain untuk membincangkan pelaporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau," katanya.

Semalam, wartawan Lawrence Yong cuba bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain bernilai kira-kira RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Ketua Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156, diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis.

Ketika memberi penjelasan mengenai perkara itu, Zahid beberapa kali mengingatkan Lawrence untuk memastikan tidal lagi berlaku kejadian salah lapor oleh Malaysiakini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana