Umno bukan dalang isu kalimah Allah

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) Datuk Aidit Ghazali menempelak pihak tertentu yang mendakwa Umno-Barisan Nasional merupakan dalang kontroversi isu kalimah Allah.

Katanya, isu yang jelas melibatkan agama ini tidak sepatatutnya dijadikan peluang kepada pihak pembangkang untuk meracuni pemikiran rakyat agar membenci Umno-BN.

Tegasnya lagi, sokongan terhadap larangan penggunaan kalimah Allah ini sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam negara kepada parti memerintah yang dilihat saingan sengit Pakatan Rakyat (Pakatan).

"Saya hendak menempelak dengan setegasnya mana-mana pihak termasuk mana-mana tokoh atau pemimpin politik yang beragama Islam yang mengatakan isu ini adalah agenda Umno. Saya bukan ahlli Umno juga bukan penyokong pada mana-mana politik,' katanya kepada Antarapos.

Isu penggunaan kalimah Allah telah dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada sambutan Krismas tahun lalu.

Beliau mendesak Putrajaya supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible di Semenanjung sebagaimana yang menjadi amalan di Sabah dan Sarawak.

Namun beberapa hari kemudian Guan Eng menafikan membuat saranan itu.

Kemudiannya rakan pemimpin Pakatan, apabila ditanya pendirian tentang perkara ini bertindak mengelak dan memberikan alasan bahawa isu ini hanya digembar-gemburkan oleh Umno untuk menjatuhkan pembangkang.

Aidit selain itu menambah pihak tidak bertanggungjawab ini hanya melemahkan kesepakatan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Sebagai bukti kematangan semua rakyat, mana-mana pihak sepatutnya tampil menyuarakan dan membincangkan isu ini secara berhemah menggunakan ruang yang betul, bukan dengan cara menuduh melulu.

"Kata-kata yang tidak bertanggungjawab daripada pihak-pihak begini telah mengeruhkan lagi sesuatu yang sepatutnya kita boleh bicarakan bersama boleh capai satu kata sepakat melalui cara yang tidak melanggar kepada keharmonian," jelasnya.

Tambahnya, isu ini tercetus apabila pihak tertentu dilihat sengaja membangkitkan ketidakpuasan hati rakyat dalam negara khususnya orang bukan Islam.

Sekaligus Aidit menyifatkan golongan sebagai 'tangan-tangan yang bertanggungjawab memporak-perandakan keharmonian negara'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana