Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali kesal PAS lemah pertahan 'Allah'


Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali kesal apabila hanya segelintir pemimpin PAS tampil mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Katanya adalah pelik apabila melihat gelagat pimpinan PAS yang sibuk turun ke jalanan bagi menyertai demonstrasi anjuran BERSIH, Black505 dan sebagainya tetapi tidak pula secara ramai-ramai mempertahankan kalimah Allah.

"Saya melihat selagi PAS menjadi hamba kepada telunjuk PKR dan DAP, agenda perjuangan PAS akan bercelaru dan tokoh-tokoh ulama yang ada kewibawaan seperti Datuk Haron Din, Datuk Harun Taib, mereka akan tenggelam dalam kecelaruan ini bukan sebab mereka setuju dengan apa yang dibuat oleh PAS tetapi suara mereka ini tidak kuat.

"Tambah lagi bukan sekadar yang sekarang ini saya lihat ikut telunjuk PKR dan DAP tetapi PAS yang sekarang ini banyak memonopoli oleh parasit-parasit," katanya.

Justeru beliau meminta Ulama Muda PAS bangun melawan parasit yang wujud dalam PAS yang dakwanya bukan sahaja tidak bersungguh-sungguh mempertahankan kalimah Allah tetapi juga isu-isu lain.

"Lebih-lebih lagi di kalangan ulama pemuda yang masih lagi membawa semangat perjuangan PAS yang asal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana