Tiada larangan ibadah penyembelihan lembu di sekolah - Menteri

SHAH ALAM: Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata Kementerian Pelajaran membenarkan ibadah korban dijalankan dalam kawasan sekolah jika ia tidak membabitkan sensitiviti kaum lain.

Justeru ibadah itu boleh dilakukan tanpa halangan jika ia melibatkan sekolah yang mempunyai majoriti pelajar dan guru beragama Islam.

"Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan menghalang upacara korban di sekolah-sekolah.

"Tapi setiap program perlu mengambil kira sensitiviti kaum lain di sekolah tersebut dan dilaksanakan dengan sifat saling hormat-menghormati," demikian menurut beliau melalui laman Facebooknya.

Penjelasan Idris itu menafikan kenyataan Timbalan Menterinya, P. Kamalanathan sebelum ini bahawa ibadah korban tidak boleh diadakan dalam kawasan sekolah.

Kamalanathan bingkas menyatakan larangan itu sebagai respon kepada aduan seorang pengadu berbangsa India yang mempersoalkan kewajaran ibadah korban diadakan dalam kawasan sekolah di Puchong Jaya, yang mempunyai pelajar bukan Islam.

Aduan itu kemudiannya menjadi viral di laman sosial Facebook dan mengundang rasa tidak puas hati di kedua-dua belah pihak (Islam dan bukan Islam).

Kamalanathan selain itu berkata, larangan tersebut tidak dinyatakan di dalam pekeliling, tetapi hanya dalam bentuk nasihat kepada pihak sekolah "dari semasa ke semasa", di samping Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan menasihati sekolah untuk bekerjasama dengan surau berhampiran apabila pihak sekolah memaklumkan mengenai aktiviti berkenaan.

"Sebenarnya benda itu (sembelihan korban) tidak boleh. (Perkara) itu dah kementerian siasat. Biasanya tidak boleh, tetapi masalah yang berlaku apabila PPD tidak dimaklumkan.

"Kalau dimaklumkan di pejabat PPD, biasanya, mereka akan menasihatkan pihak sekolah bekerjasama dengan surau-surau berhampiran. Itu yang digalakkan," kata Kamalanathan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana