The Malaysian Insider mohon maaf pada Khazanah...Silap Jer Minta Maaf...Kesan Nya amat Teruk

KUALA LUMPUR: Portal berita pro-pembangkang, The Malaysian Insider hari ini memohon maaf kepada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atas penyiaran berita tidak benar mengenai syarikat milik kerajaan (GLC) itu pada Khamis lalu.

Dalam permohonan maaf yang disiarkan menerusi portal itu, The Malaysian Insider berkata:

"The Malaysian Insider ingin meminta maaf kepada Khazanah Nasional Berhad berhubung artikel Parliament's bipartisan oversight panel probes Khazanah's costly ventures dan PAC siasat perbelanjaan melampau Khazanah yang disiarkan tanpa verifikasi Khazanah Nasional Berhad pada 24 Oktober 2013, dalam portal berita itu.

"Ia melaporkan bahawa Ketua Audit Negara telah menghantar surat kepada Khazanah Nasional Berhad berkaitan operasi dan pelaburannya.

"Ini adalah tidak benar dan The Malaysian Insider memohon maaf atas kesilapan itu."

Pada 19 Oktober lalu, The Malaysian Insider menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berikutan artikel yang tidak benar, mendakwa calon Naib Presiden Umno itu terlibat politik wang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana