Terima Kasih Malaysiakini Kerana Memberi Publisiti Percuma Kepada DS Zahid Hamidi..


Malaysiakini meroyan apabila Menteri Dalam Negeri dedahkan portal berita ini memang kaki spin dan sering kali berbohong..Apatah lagi mereka secara terang terangan menyebarkan dakyah memburukkan kerajaan dengan fitnah dan menimbulkank kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Dibiayai oleh Soros ,para wartawan mereka hidup mewah dengan bayaran lebih 7 ribu sebulan semata mata untuk berbohong,Zahid Hamidi hanya berpesan jangan spin kenyataannya malah menasihati wartawan tersebut dengan cara yang paling baik dan berhemah,tetapi apa yang dapat kita lihat bos Malaysiakini bagaikan kera hilang anak menyerang menteri dalam negeri.

Sejak semalam, pagi hinggalah saat artikel ini ditulis portal bohong dan fitnah haprak pakatan menjadikan Zahid Hamidi sebagai sasaran,Meroyankini benar benar meroyan dan tak keruan apabila dibelasah teruk oleh Menteri Dalam Negeri.

Teguran Zahid bertempat dan ada asasnya,namun Malaysiakini berasa terpukul apabila temberang dan tembelang mereka didedahkan oleh Zahid. Sejak dari itu mereka istiharkan perang terhadap Zahid,hampir separuh daripada paparan berita hari ini di muka depan ditumpukan kepada Zahid.

Terima kasihlah Meroyankini kerana Zahid dijadikan sasaran,promo free disaat pemilihan Umno..memandangkan para perwakilan memang ingin lihat pemimpin Umno bersuara lantang dan ultra melayu. Apatah lagi sekarang ini ramai pemimpin Umno bersifat playsafe tak berani buka mulut apabila melihat Umno dan kerajaan dihentam dan difitnah.

Zahid telah buktikan beliau bukan pengecut dan tidak boleh diperkotak katikan,Pisau berharap Meroyankini teruskan menghentam Zahid kerana ini menjadi bukti Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno menjadi ancaman besar kepada haprak pakatan.Dengan promo free yang diberikan oleh Meroyankini..Pisau amat yakin..undi perwakilan terhadap Zahid pasti lebih tinggi daripada sebelum pemilihan sebelum ini.

Pelbagai hujah dan kaedah digunakan untuk menjatuhkan Menteri Dalam Negeri,kesemua tindakan mereka bagai menepuk air didulang ..bagaikan meludah kelangit..kesemuanya terpercik ke muka sendiri..

Hari ini Meroyankini mendedahkan satu rakaman audio satu Majlis di Melaka kononnya Zahid hina kumpulan gengster melayu 3 Line.. secara berseloroh Zahid sifatkan kumpulan gengster ini hanya kumpulan kenduri kendara. Dan ini menjadi tarikan kepada portal gila ini untuk dijadikan isu kononnya merendahkan taraf gengster melayu berbanding gengster India dan Cina.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana