Tak Habis Habis Bangangnya Tony Pua Ini Bawa Masalah.....

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Tindakan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' terus dikecam pelbagai pihak kerana melibatkan sentimen kaum serta agama.

Ahli Kariah Masjid Tanjung Dawai, Zambri Jaafar berkata, pihaknya masih menunggu kenyataan maaf daripada Tony yang langsung tidak menghormati sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Ini bukan soal politik, tetapi menyentuh aspek keagamaan kerana hampir 90 peratus pekerja di situ adalah orang Melayu.

"Kami amat kecewa dengan tindakan Tony dan kami akan tetap menuntut permohonan maaf daripadanya yang sehingga sekarang masih belum berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tony sebelum ini menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember lalu.

Menurut Zambri, perkara itu bukan hal remeh dan tidak boleh dipandang ringan kerana dikhuatiri mengundang keadaan huru-hara serta menjejaskan keharmonian masyarakat di negara ini.

"Sehubungan itu, saya menggesa pemimpin atasan DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk menasihatkan Tony agar menjaga adab ketika mengeluarkan kenyataan.

"Sebagai ketua, mereka perlu mengambil serius perkara ini dan memantau kelakuan anak buah mereka agar tidak bertindak melampaui batas sehingga mengguris hati orang lain," tegasnya.

Dalam pada itu, Zambri turut mempersoalkan muslihat di sebalik kenyataan dibuat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu yang dilihat sengaja membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana