Sungai Limau: Mana nak cari 2,000 undi lagi...?

Sungai Limau terletak di antara dua bandar besar di Kedah, iaitu Sungai Petani dan Alor Setar. Jika berkereta dari Sungai Petani selepas pekan Gurun dan Guar Cempedak, ada simpang dengan papan tanda Sadaka, belok ke kiri, anda telah berada di kawasan pilihanraya kecil N20 DUN Sungai Limau.
Namun dari simpang itu hendak pergi ke Sungai Limau memerlukan lagi 10 kilometer, dengan hanya jalan dua hala, di kiri kanan jalan, terbentang luas tanah bendang, aktiviti ekonomi utama penduduk Sungai Limau.

Ketika bekas ADUN Tan Sri Azizan Abdul Razak bertanding kali pertama di dalam Pilihanraya Umum tahun 1995, DUN Sungai Limau dikenali dengan nama DUN Sala.

Allahyarham merupakan anak tempatan yang dihormati kerana latar belakang akademiknya, beliau merupakan pensyarah kanan di UKM sebelum meletak jawatan untuk bertanding sebagai calon PAS.

Ironinya, kini calon dengan latar yang sama diperkenalkan oleh BN, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Jerai, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris bakal menggalas cabaran BN dalam PRK ini.

Sohaimi merupakan anak tempatan dan disegani kerana latar belakang akademiknya.
sglimau-penamaancalon
Berdasarkan data yang diperolehi dari sumber BN, pada PRU13 lalu, dari 27,222 pengundi terdapat 93 peratus pengundi Melayu atau 25,333 orang.

Kiranya ini pertempuran di gelanggang orang Melayu, pengundi India hanya empat orang, pengundi Cina hanya ada 1,838 atau 6.7 peratus. 40 peratus dari pengundi Cina adalah golongan muda yang terang terang tolak BN dalam PRU lalu.

"BN tidak perlu menjadikan undi Cina sebagai foktor penting atau faktor kemenangan di Sungai Limau, lupakan sahaja dan tumpu undi Melayu habis-habisan,"kata blogger malayrights.blogspot.com, Wan Azri Wan Deris.
Menurutnya, UMNO hanya membazirkan 'sumber' jika berterusan memujuk pengundi Cina yang rata-rata tinggal di bandar besar seperti di Alor Setar, Sungai Petani mahupun Pulau Pinang.

"Jangan ambik kira undi kaum Cina, kalau ada...nasib, jangan taruh harapan..."ujarnya.

Daripada 25,333 pengundi Melayu itu, 30.27 peratus adalah ahli UMNO, PAS (32.58) dan selebihnya, pengundi atas pagar.

Ketika PRU13, PAS menang 13 daripada 19 pusat daerah mengundi. PAS menang di Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga, Bukit Choras, Bukit Besar, Simpang Tiga Luar, Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka, Ulu Sedaka, Padang Lumat, Batu Enam Belas dan Kampung Titi Batu.

Dari 13 PDM yang PAS menang, dua kubu mereka adalah Bukit Choras dan Bukit Besar. Di Bukit Charas misalnya PAS dapat 458 undi banding BN 81 manakala di Bukit Besar PAS dapat 459 banding 115 BN.

Dalam PRU13 ada dua calon bebas 'kacau daun', Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim, mereka tidak dapat sebarang undi di situ.BN menang di enam peti undi, di Simpang Tiga, Selengkoh, Sungai Daun, Dulang Besar dan kubu BN di Sungai Limau adalah di Dulang Kechil serta Sungai Kering di mana BN menang dengan 406-196 dan 248-70.

Pemilihan Dr Ahmad Sohaimi memberikan beberapa kelebihan kepada BN, selain latar belakang akademiknya, keluarga beliau, juga kedudukannya dalam struktur organisasi parti peringkat bahagian sejak tahun 90-an lagi.

"Dia bekas Naib Ketua Pemuda masa saya jadi Ketua Bahagian Jerai, orang bagus, sesuai untuk tawan hati pengundi Sungai Limau,"kata Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badaruddin Aminuddin kepada Agendadaily.

Dari cakap-cakap, dengan bawa turun Dr Sohaimi, dari 2,774 majoriti yang dimenangi PAS masa PRU13, UMNO dan 'secure' lebih 700 undi.

"Kita kena kerja siang malam untuk cari 2,000 lagi undi dari mereka yang beri pada PAS masa PRU lalu,"ujar sumber 'bilik perang' BN.

Persoalannya, mana hendak cari 2000 lagi undi... untuk kategori DUN majoriti 2000 undi itu kira besar untuk nak 'kalih' balik dalam masa dua minggu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana