Siapa dia...?

Semua orang menunggu penuh debar siapa idaman hati 146,000 perwakilan UMNO seluruh negara Sabtu.Paling meriah tentunya pertembungan enam penjuru bagi kerusi Naib Presiden.

Nasib 62 orang yang akan merebut 25 tempat ahli Majlis Tertinggi juga pasti mencuri perhatian .

Kalau rajin pasang telinga pelbgai spekulasi sedang memuncak.Ini semua gara-gara sistem pemilihan baru kali pertama digunapakai UMNO yang beri kuasa kepada ramai perwakilan mengundi.

Jawabnya Nujum Pak Belalang pun naik pening kepala nak buat ramalan.

Ramai yang mengintai pesta demokrasi UMNO kali ini untuk melihat samaada parti itu berjaya atau tidak mengendalikan pemilihan dibawah sistem baru yang cukup terbuka itu.

Lagi pula, UMNO merupakan tulang belakang kerajaan BN.Memilih pemimpinnya sama dengan memilih pemimpin Malaysia dan  menuntukan haluan dan nahkoda UMNO sama erti menuntukan haluan dan nahkoda negara.

Untuk kerusi Naib Presiden, ada tiga tempat kosong, dan kebiasaannya, siapa yang mengisi kerusi tersebut, akan memegang jawatan kanan dalam Kabinet Malaysia.

Pertembungan antara penyandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Afdal dan pencabar mereka Tan Sri Isa Samad, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Ali Rustam amat mendebarkan.

Ini kerana sistem baru pemilihan UMNO yang membolehkan hampir 146,000 ahli mengundi membuatkan padang perlawanan sama rata.

Kecuali Mukhriz yang masih baru, rata-rata calon Naib Presiden mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam berbagai peringkat parti.

Isa Samad misalnya memulakan kerjaya politik sebagai ADUN Linggi pada tahun 1978 lagi, sudah bertanding dan menang Naib Presiden paling kanan untuk penggal 2004-2009 sebelum digantung keahlian kerana tuduhan politik wang.

Ali Rustam juga pernah menjadi Naib Presiden UMNO pada penggal 2004-2009, sebelum beliau mencuba nasib sebagai calon Timbalan Presiden pada penggal 2009-2013 tetapi pencalonannya dibatalkan atas tuduhan politik wang.

Mukhriz sungguhpun baru, tetapi mempunyai pengaruh yang kuat dari rangkaian penyokong bapaknya Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau dikatakan membawa aspirasi golongan muda dalam parti.

Sebab itu, cabaran untuk tiga kerusi Naib Presiden UMNO ini amat sengit.

Mula-mula ramai yang menjangkakan gandingan ZAM, Zahid Ali, dan Mukhriz akan menarik perhatian perwakilan kali ini.

Namun sejak dua minggu ini, ketika Hishamuddin membuat 'pecutan akhir' dengan mendapat sokongan terbuka dari Wanita dan Pemuda UMNO, congak-congak kata gandingan ZAHIM, Zahid, Hishamuddin dan Mukhriz nampak lebih popular.

Dalam perebutan kali ini, ternyata Menteri KDN, Zahid mendapat banyak 'advantage'.

Beliau yang popular dalam UMNO sejak ambil alih kerusi panas di KDN itu, dibalun setiap hari orang media-media pembangkang.

Bagi penganalisis politik, orang yang diserang bertubi-tubi dalam media lawan biasanya  akan mendapat undi soladiriti dari perwakilan parti.

Manakala kedudukan Shafie, selaku wakil dari Malaysia Timur banyak bergantung kepada apakah perwakilan akan mengundi untuk status quo.

Harapan untuk perwakilan mengundi mengekekalkan penyandang yang ada, tidak boleh dinafikan sama sekali.

Ini kerana gandingan penyandang ini membuatkan UMNO menang 88 dari 133 kerusi Parlimen BN. Keserasian mereka sudah teruji.

Kerana itulah, pertandingan untuk kerusi Naib Presiden kali ini amat mendebarkan.

Semua mempunyai peluang samada rata, Isa yang dikatakan paling 'underdog' boleh buat kejutan.

Ini kerana sedikit sebanyak pengaruh Pengerusi FELDA ada pada ketua bahagian terutamanya untuk 54 bahagian dari 191 bahagian UMNO termasuk dalam gugusan FELDA.

Jadi diatas kertas 'padangnya sama rata'. Jika tidak ada aral melintang, keputusannya akan diketahui sebelum lewat Sabtu malam.

Bagi jawatan MT pulak, kedudukannya sedikit berbeza, sudah tentu calon Menteri Penuh, Menteri Besar atau Ketua Menteri akan mendapat 'advantage' dari calon-calon lain.

Ada sebelas calon Menteri Penuh, Menteri Besar ataupun Ketua Menteri, mereka adalah Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Shabery Cheek, Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Seri Jamil Khir, Datuk Abd Rahman Dahlan, Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Wira Idris Haron dan Azlan Man (MB Perlis).

Sebelas orang ini sudah pasti mendapat kelebihan dari yang lain. Selain itu calon-calon lain bertanding dalam keadaan 'sama-rata'.

Ada yang sebut untuk 'lekat' dalam MT kena nama kena ada dalam 'chai' yakni perkataan kantonis yang membawa maksud menu.

Mungkin ya, mungkin tidak, sebab ini pertandingan melibatkan 146,000 pengundi, memang semua pihak akan keluar 'chai' masing-masing, tapi pada akhirnya, kuasa perwakilanlah yang akan menentukan 'menu' apa mereka mahu makan.

Jika lebih 2,500 orang perwakilan macam sistem lama, mungkin boleh jangka, tapi 146,000 dengan keperbagaian pendidikan, pekerjaan, latar belakang, semua ada 'menu' masing-masing.

Tunggu saja keputusannya nanti, tengok macam mana... apa 'menu' orang UMNO nak dari senarai enam heavyweight yang bertanding Naib Presiden manakala 62 lagi yang bertanding Majlis Tertinggi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana