Siang Alim Malam Setan..Harapkan Pagar Pagar MAkan Padi

Perwatakan terpuji sekumpulan remaja yang diberi amanah mengutip derma daripada jemaah masjid setiap kali solat Jumaat, sebenarnya cuma lakonan kerana pada malam hari mereka ‘bertukar seragam’ menjadi pencuri wang tabung berkenaan.

Kuala Lumpur: Perwatakan terpuji sekumpulan remaja yang diberi amanah mengutip derma daripada jemaah masjid setiap kali solat Jumaat, sebenarnya cuma lakonan kerana pada malam hari mereka ‘bertukar seragam’ menjadi pencuri wang tabung berkenaan.

Kegiatan 11 penyangak cilik berusia 15 hingga 17 tahun itu sejak awal tahun ini menyebabkan pengurusan Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda di sini, kerugian hingga RM10,000 apabila tabung derma kerap dipecahkan. Usaha menjejaki dalang yang bertanggungjawab akhirnya berhasil apabila anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) kampung itu berjaya mencekup empat daripada 11 remaja terbabit, jam 1.30 pagi kelmarin.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Muda, Mejar (B) Shamsudin Ismail berkata, suspek termasuk calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang menduduki peperiksaan itu bermula semalam ditahan ketika mengumpil tabung masjid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana