Separuh Ahli Majlis Tertinggi UMNO golongan muda...

 Senarai muktamad ahli Majlis Tertinggi (MT) yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO,  Tan Sri Tajol Rosli Mohamed Ghazali pada Ahad, menyaksikan lapan Menteri, lima Timbalan Menteri dan dua Ketua Kerajaan negeri terpilih.

Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dattuk Seri  Mustapha Mohamed menduduki tempat teratas di kalangan menteri. Lain-lain ialah Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Seri Shabbery Cheek (Menteri Komunikasi Dan Multimedia), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaacob (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

Manakala Timbalan Menteri yang terpilih ialah Datuk Razali Ibrahim (Timbalan Menteri Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kerja Raya), Dato Seri Mahadzir Khalid Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air), Aziz Kaprawi (Timbalan Menteri Pengangkutan) dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

Dua Ketua Kerajaan Negeri yang terpilih ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Haron dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.

Tetapi apa yang menarik ialah dominasi wakil Pemuda. Selain bekas Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, turut terpilih ialah Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican, Reezal Merican dan Datuk Sohaimi Shahadan

Turut menarik perhatian ialah pemilihan dua bekas Ketua Puteri, iaitu Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman dan Rosnah Rashid Shirlin yang juga Ahli Parlimen Papar.

“Kalau kita lihat senarai, separuh daripada ahli MT adalah golongan muda. Ramai pemimpin baru yang diterima baik oleh perwakilan. Selain Menteri dan Timbalan Menteri, di kalangan yang terpilih ialah bekas-bekas Exco Pemuda serta dua bekas Ketua Puteri, Ini adalah satu trend yang baik,” kata Ismail Sabri.

“Saya juga dulu bekas Exco Pemuda dan masuk MT. Kini trend itu berterusan. Ini menunjukkan UMNO menerima kepimpinan orang muda,” tambahnya.

Ismail berkata tagline yang digunakannya untuk memperjuangkan jihad menentang orang tengah diterima baik oleh ahli UMNO dan Rakyat dan mungkin menjadi faktor kedudukannya dalam MT kali ini lebih baik daripada pemilihan yang lalu.

Sementara itu, Azalina pula menganggap sistem pemilihan yang baharu ini amat fleksibel dan memberi peluang sama rata kepada orang lama dan orang baru untuk bertanding.

“Saya pernah berada dalam MT, terkeluar dan kini masuk balik. Saya menyanjung tindakan presiden menghapuskan sistem kuota dan memberikan semua orang peluang yang sama rata untuk bertanding,” katanya.

Azalina berkata objektifnya selepas ini ialah memangkin semula sokongan golongan Melayu muda untuk membuat golongan ini melihat UMNO sebagai parti yang relevan kepada masa depan mereka, bukannya parti Keadilan atau PAS.

Azalina yang juga berjaya mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Pengerang berkata dia amat bangga dan berterima kasih kepada perwakilan yang tidak melihat pada jantina dan isu-isu remeh, tetapi dari segi kemampuannya.

Sementara itu Hasan Malek menganggap perwakilan semakin matang membuat pilihan. Katanya gandingan orang lama dengan beberapa exco pemuda dan bekas puteri adalah satu adunan yang cantik.

Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah sependapat dengan Hassan. Katanya latar belakang setiap ahli MT yang berbeza akan lebih memudahkan tugas parti untuk mendekatkan diri dengan rakyat, terutama orang Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana