SEORANG IBU BERBANGSA MELAYU DI TAHAN GAJI KERANA MENGADU PADA MAJIKAN HARGA MAKANAN DI KANTIN MAHAL

Makluman yang diperolehi dari pekerja Melayu di Mimos menyatakan bahawa Ibu kepada seorang anak itu diberikan surat amaran, ditukarkan ke tempat lain dan paling tidak berhati perut apabila pihak Mimos menahan 2 minggu gaji Ibu seorang anak itu.

Untuk makluman mangsa Wanita Melayu Ibu kepada seorang anak ini telah bekerja di Mimos sejak tahun 1997 lagi. Gaji yang diperolehi oleh wanita Melayu yang ditindas itu hanyalah berjumlah RM1,457 sahaja dengan berhadapan harga yang mahal di Cafetaria milik Mimos.

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Cafetaria di Mimos merupakan satu Cafetraria yang sepatutnya adalah jauh lebih murah berbanding Cafetaria di tempat lain kerana.

a) Bil Elektrik Percuma (Ditanggung MIMOS)
b) Bil Air Percuma (Ditanggung MIMOS)
c) Pingan Mangkuk (Disediakan MIMOS)
d) Peralatan Di Cafetaria (Semuanya Ditanggung MIMOS)

Bagaimana sebuah Cafetraia yang semuanya ditanggung oleh pihak Majikan iaitu MIMOS menjual makanan yang lebih mahal daripada kedai makan diluar?

Akibat dari luahan Wanita Melayu pekerja Mimos itu di Facebooknya beliau kini mendapat tekanan dari pihak atasan pegawai Mimos. Adalah tidak adil dan tidak berhati perut sama sekali apabila pegawai atasan Mimos yang bergaji belasan dan puluhan ribu ringgit menindas pekerja bawahan yang hanya bergaji RM 1,457 sebulan.

Bersabarlah Puan NORMATAKSIAH ISMAIL. Kami akan cuba membantu puan.

Sumber Di Sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana