Selepas teguran pemimpin PKR, Khalid Ibrahim kini hadapi tekanan DAP

SHAH ALAM: DAP hari ini meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan kenyataannya bahawa beliau lebih menerima pandangan rakyat berbanding pemimpin parti atau ahli politik.

"Saya meminta Khalid menjelaskan apa yang beliau maksudkan apabila berkata, 'saya lebih mendengar kritikan rakyat dari pemimpin parti dan ahli politik'," kata Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan.

Khalid baru-baru ini dilaporkan memberi kenyataan: "Saya lebih mendengar kritikan rakyat daripada pemimpin parti dan ahli politik".

Beliau dikatakan membuat kenyataan itu bagi menjawab kritikan terhadap pentadbirannya oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kenyataan itu disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.

Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR sendiri turut meminta Khalid memberi penjelasan berhubung isu sama.

Hari ini pemimpin DAP pula memberi tekanan terhadap beliau dengan memintanya memberi penjelasan terhadap kenyataan itu.

“Memang kita dalam Pakatan mengutamakan rakyat tetapi Khalid mesti menghormati fakta bahawa ahli politik mewakili rakyat dan menjadi tugas mereka untuk membawa masalah rakyat kepada kerajaan negeri dan MB untuk menyelesaikannya.

"Khalid jangan mengambil mudah hal ini," kata Gobind yang juga Setiausaha Biro Undang-undang DAP.

Menurutnya, Khalid membuat kenyataan yang sangat serius dan bakal menghasilkan kesan serius.

"Tetapi sebelum saya komen lebih lanjut, saya pohon supaya dia menerangkan perkara ini bagi membolehkan kita jelas sebelum membuat sebarang respon," katanya.

Anwar dan Azmin sebelum ini mempertikaikan cara Khalid menguruskan ekonomi Selangor.

Khalid didakwa hanya pandai mengumpulkan wang tetapi tidak pandai membelanjakannya.

Pada 12 Oktober lalu, Anwar mengkritik Khalid secara terbuka dan meminta beliau tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Sebaliknya, beliau memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana