Sedarlah Orang MElayu...Siapa Sebenarnya DAP ini.

Rakyat sudah sedia maklum bahawa Zairil bukan Melayu dan tiada setitik pun darah Melayu dalam diri anak Cina yang menumpang nama bapa tirinya, arwah Tan Sri Khir Johari itu. Kedua-dua ibubapa Zairil adalah Cina. Justeru, inilah diulang bahawa Zairil adalah Cina! Tidak ada sebab beliau diumumkan sebagai wakil Melayu, melainkan DAP mempunyai agenda jahat untuk mengelirukan orang Melayu kononnya DAP tetap memberi tempat kepada Melayu. Sedangkan, hakikatnya, DAP terlalu rasis dan tidak sanggup memilih seorang Melayu sehingga memaksa mereka memilih seorang Cina untuk mewakili Melayu.

Lebih menarik lagi apabila Zairil sendiri meluahkan rasa terkejut dengan menyifatkan kemenangannya sebagai ‘tidak dijangka’. Tentu sekali Zairil lebih tahu bahawa beliau bukanlah calon pilihan memandangkan beliau mendapat tempat corot dalam pemilihan awal. Bagaimanapun jumlah undi beliau melonjak ke tempat ke 12 dalam satu kiraan semula yang penuh misteri. Justeru, tidak hairanlah jika Zairil sendiri terkejut dengan kemenangannya.

Sebenarnya, kita yakin Zairil telah ditolak pada awalnya kerana para perwakilan DAP menyangkakan yang beliau seorang Melayu. Kini, setelah segalanya terbongkar iaitu bahawa beliau seorang Cina, maka tentu sekali perwakilan DAP tidak punya masalah untuk memilihnya. Jelas di sini, bahawa walau apapun terjadi, perwakilan DAP tetap akan mengundi berdasarkan kaum. Dengan itu, biarpun kemelut pemilihan CEC DAP akhirnya selesai, namun kredibiliti dan imej DAP sudah tidak mampu dipulihkan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana