Samun derma Palestin.....

Subang Jaya: “Duit itu (RM35,000) adalah untuk dibawa ke Palestin bagi menyempurnakan ibadah korban sempena Aidiladha ini,” kata penceramah terkenal, Ustaz Muhammad Abdullah, 37, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin.

Beliau yang popular menerusi program keagamaan di televisyen berkata demikian ketika mengulas insiden dua pekerjanya disamun dan seorang daripadanya ‘diculik’ sekumpulan tiga lelaki menyamar polis bersenjatakan kapak dalam kejadian di Bandar Sunway, di sini, kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Menurutnya, wang berkenaan sebenarnya akan digunakan bagi membiayai 105 sukarelawan misi bantuan ke Masjidil Al-Aqsa, Palestin, selain untuk membeli 10 ekor lembu yang akan dikorbankan di sana.

“Biarpun wang berkenaan sudah disamun, misi bantuan dan ibadah korban yang dijadual bermula 14 Oktober ke Palestin itu tetap akan diteruskan.

Foto
MOHD Syafiq menunjukkan laporan polis yang dibuat.


“Selain menggunakan wang sumbangan masyarakat Malaysia yang lain, saya juga akan menggunakan dana sendiri bagi menjayakan misi bantuan yang sudah dirancang sebelum ini,” katanya memberitahu, wang yang disamun itu juga adalah hasil sumbangan orang awam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana