PRK Sungai Limau : Anak Kariah Sg Limau Kecam DAP

YAN 25 Okt - Puluhan anak kariah Masjid Dulang Kecil, Sungai Limau, Yan, Kedah mengecam kenyataan Ketua Publisiti DAP yang menggelarkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai anjing.

Wakil Gabungan Anak-Anak Muda Jerai, Mohd Hazim Barhanudin berkata, kenyataan itu merupakan satu penghinaan kepada bangsa melayu kerana 90% kakitangan di seluruh Malaysia adalah orang melayu.

"Kami sebagai orang Islam tanpa mengira fahaman politik pada hari ini mengecam sikap Tony Pua dari parti DAP yang berkata kakitangan awam di ROS sebagai anjing.

"Ini merupakan penghinaan kerana majoriti kakitangan awam di Malaysia adalah orang Islam serta melayu dan mereka adalah saudara seagama dan sebangsa dengan kami," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Dulang Kecil, Sungai Limau di sini, hari ini.

Jelas Hazim, kenyataan Pua merupakan ancaman kepada negara ekoran DAP berani mengeluarkan kenyataan seumpama itu walaupun belum lagi meneraju tampok kepimpinan negara.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar parti parti pembangkang itu khususnya Pua sendiri memohon maaf kepada orang Melayu Islam di Malaysia.

"Ini baru mereka menang 38 kerusi parlimen, bayangkan apa yang terjadi kepada orang Melayu sekiranya mereka menang lebih banyak kerusi dan menjadi kuasa besar di Malaysia.

"Tidak hairan bagi kami kerana tidak seorang calon melayu yang menang pada pemilihan DAP yang lalu kerana Zairil bukan melayu walaupun dia Islam.

"Inilah sikap rasis DAP, mereka berani permainkan melayu dan Islam dan bagi kami ini adalah sangat biadap," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, polis akan meneliti dan menyiasat laporan yang dibuat lima badan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu berkenaan bagi menentukan sama ada kes itu perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan.

Pua sebelum ini menerusi laman sosial Facebook beliau menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'Anjing Umno'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana