PRK DUN Sungai Limau : Dulu Kutuk Bekas Penyandang, Sekarang Puji Pula!

PAS memang cakap tak serupa bikin. Sejak bersekutu dengan DAP dan PKR, ahli PAS terutama di barisan kepimpinan tertinggi sudah pandai bercakap putar belit. Agaknya hendak mentarbiyah DAP dan PKR tidak mampu, akhirnya mereka sendiri yang ditarbiyah oleh dua parti tersebut.

Kalau dahulu, semasa hayat Tan Sri Azizan Razak masih ada, beliau dihujani dengan pelbagai tohmahan oleh ahli separti yang tidak suka kepadanya. Namun kini, apabila beliau sudah tiada, pujian pula yang meniti di bibir mereka.

Ini semua gara-gara pilihanraya kecil yang bakal diadakan bersempena kekosongan kerusi DUN Sungai Limau setelah kematian Tan Sri Azizan Razak.

Jika dahulu, seboleh mungkin Allahyarham cuba disingkirkan kerana dikatakan bersekongkol dengan UMNO, kini PAS berkeyakinan kuat pula dengan kekuatan dan pengaruh yang telah dibina oleh bekas ADUN Sungai Limau tersebut.

Kecemerlangan Allahyarham bakal diteruskan oleh calon penggantinya yang bakal ditentukan apabila hampir hari penamaan calon. Pastinya pengundi akan terus mengundi PAS untuk membolehkan parti tersebut terus mengekalkan kedudukan mereka di kerusi tersebut. Itu kata Mahfuz Omar.

Apa kata pengundi, kita tunggu keputusan pilihanraya kecil nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana