POLIS JAWAB TEGURAN HJ HADI YANG SURUH POLIS BERSILAT LAWAN PENJENAYAH GUNA PARANG !!!!

POLIS hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Polis sentiasa bertindak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menghadapi penjenayah dan oleh itu tidak timbul isu yang dimainkan oleh haji hadi seperti yang admin tulis semalam mengenai polis akan menembak penjenayah terlebih dahulu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis akan hanya
membalas tembakan jika nyawa mereka diancam.

"Tidak ada, tidak ada, mana ada polis tembak dulu, apa yang kita ikut
sekarang, kalau kita menghadapi penjenayah yang mengancam nyawa kita (polis),
kita akan bertindak mengikut SOP yang ada.
"Kita cuma akan akan membalas tembakan jika nyawa kita diancam," katanya
kepada ketika ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah,
Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Yang Dipertua
Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-75 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di
sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal Malaysiakini
berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berhubung tindakan polis menembak mati penjenayah atas faktor keselamatan.

Katanya, polis tidak akan mengambil tindakan menembak sekiranya nyawa mereka
sebagai pasukan keselamatan tidak diancam.

Khalid dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa
gelaran Datuk Wira. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana