Perubahan membawa berkat...Alhamdulilah

ALHAMDULILLAH. Itulah ungkapan yang diucapkan setiap kali kita mendengar golongan Hawa mengambil keputusan untuk berhijab kerana wajib bagi setiap wanita Islam yang baligh untuk menutup aurat.

Menyedari hukum yang telah ditetapkan, maka sejak akhir-akhir ini semakin ramai golongan wanita, termasuk selebriti yang mengambil langkah untuk berhijab.

Melakukan perkara baik, sudah pasti banyak cabarannya. Maka ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan, penghijrahan golongan selebriti iaitu memakai hijab dilakukan kerana fesyen.

Benarkah, ada artis yang berubah kerana mengikut fesyen semasa atau kerana tuntutan agama.

Bagi pelakon Aida Khalida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad, awal 50-an, penghijrahan yang dilakukan bukan kerana terikut dengan kehendak semasa tetapi atas dasar kesedaran dan ikhlas melakukannya kerana itu adalah tuntutan agama ke atas setiap wanita.“Saya berubah bukan sebab sesiapa tetapi kerana Allah. Saya mahu mencari keredaan-Nya dan alhamdulillah, selepas penghijrahan kehidupan saya lebih tenang.

“Perubahan yang saya lakukan bukan sekadar pada luaran iaitu penampilan bertudung tetapi setiap hari saya cuba mendalami ilmu agama untuk mendekatkan diri dengan Allah," katanya kepada Hits, baru-baru ini.

Dia yang mula bertudung pada 2011 berkata, penghijrahan bukan sekadar penampilan tetapi memerlukan ilmu. Oleh itu sebagai insan kerdil, dia sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan ilmu Allah.

Pada setiap kelapangan, dia berusaha memenuhi waktu tersebut dengan menghadiri kelas agama, membaca atau menonton program ilmu untuk menambah pengetahuan.

“Saya perlu melakukan perubahan seiring dengan penampilan dan apa yang saya lakukan bukan paksaan tetapi semua itu kerana Allah. Kalau kita melakukan sesuatu kerana Allah, insya-Allah hidup kita lebih diberkati," ulasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana