Perghhh....Kereta mewah lari cukai dirampas

PETALING JAYA – Penglibatan sindiket dipercayai menjadi dalang bagi membantu pemilik kenderaan mewah mengelak dari membayar cukai dan duti Kastam terbongkar selepas 22 kereta terbabit berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sekitar Perak dan Kuala Lumpur dalam beberapa siri serbuan bermula 16 hingga 20 Oktober lalu.

Ketua Pengarah  Kastam, Datuk Sri Khazali Ahmad berkata, kenderaan mewah itu disita selepas  pemeriksaan mendapati ianya berada di Kawasan Utama Khas (KUK) dalam tempoh yang lama melibatkan jumlah cukai bernilai  RM17 juta.

Menurutnya, siasatan mendapati  kenderaan itu didaftarkan di pelabuhan bebas cukai di Pulau Langkawi dan Labuan sebelum dibawa keluar dari kawasan  itu  melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Taktik mereka ialah mendaftarkan semula kereta  untuk memperolehi  nombor pendaftaran baru bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media, hari ini.

Katanya lagi, antara jenis kereta yang dirampas termasuklah Ferrari, Rolls Royce, Bentley, Lamborghini yang menggunakan nombor pendaftaran  KV (Langkawi),  LE (Labuan) dan G1M (Gagasan 1Malaysia) yang kesemuanya bernilai RM8.7 juta.

“Modus operandi wakil penjual kereta ini kebanyakannya tidak memasukan elemen duti atau cukai  dengan cara mendaftarkan kereta di pulau bebas cukai selain  mendaftar  dengan menggunakan alamat palsu pembeli,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar pemilik memastikan cukai kenderaan dibayar bagi mengelak nama senarai hitam dan  berhadapan dengan  tindakan mahkamah.

Dalam pada itu sepanjang tahun 2012, Kastam menahan 249  kenderaan  di atas kesalahan  melanggar syarat di bawah Butiran 21A Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Seksyen  135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang belum lulus Kastam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana