Penyamun jatuh longkang ketika dikejar, cedera parah dibelasah orang awam di Georgetown

GEORGETOWN: Malang berganda menimpa seorang lelaki berusia 34 tahun yang menyamun sebuah bengkel membaiki kereta di Bayan Baru di sini hari ini apabila dia bukan saja terjatuh ke dalam longkang selepas dikejar pemilik premis itu malah turut dibelasah orang awam hingga cedera parah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata dalam kejadian jam 5.50 pagi itu suspek bersama seorang rakannya memecah masuk bengkel berkenaan namun hanya sempat mengambil dua komponen alat ganti kenderaan sebelum pemiliknya yang berada di dalam bengkel menyedari kejadian itu dan mengejar mereka.

"Seorang daripada suspek terjatuh ke dalam longkang sebelum dia dipukul beberapa individu tidak dikenali manakala rakannya menghilangkan diri," katanya kepada pemberita.

Susulan kejadian itu, katanya, suspek patah tangan serta kaki selain lebam di seluruh badan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans.

Mohd Hatta berkata siasatan lanjut mendapati suspek tiada rekod lampau bagaimanapun hasil rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati dia pernah beberapa kali mencuri pelbagai barangan di bengkel sama.

Beliau berkata, polis masih belum dapat merekodkan keterangan lelaki yang baru menjalani pembedahan itu kerana keadaannya masih lemah. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana