Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR tidak perlu letak jawatan - Mafrel

SHAH ALAM: Siapa yang menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak penting dalam isu pelaksanaan persempadanan semula kawasan pilihan raya, kata Pengerusi  Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.

Apa yang lebih penting katanya adalah SPR perlu memastikan proses pilihan raya berjalan lancar, sistem pendaftar pemilih bersih dan dikemaskini sehinggalah persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan dengan sempurna.

"Kita kena tengok dasar, dasarnya adalah persempadanan itu memang perlu dilakukan. Tetapi ia perlu dilakukan dalam keadaan daftar pemilih bersih.

"Dan dalam keadaan sekarang ini adakah SPR sudah mampu untuk melaksanakan persempadanan ini dalam keadaan pilihan raya baru-baru ini tidak diuruskan dengan baik.

"Persoalannya di situ bukan sama ada mereka ini perlu dipecat atau sebagainya,"katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Justeru, gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan bagi membolehkan SPR melakukan persempadanan semula adalah tidak relevan.

Anwar sebelum ini berkata Pakatan Rakyat mahu Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebelum SPR mengadakan persempadanan semula.

Malah beliau memberi amaran untuk memperbesarkan isu itu dan akan menentang habis-habisan jika SPR tetap berkeputusan mahu melaksanakan prosedur itu.

Anwar juga dilaporkan mendesak semua anggota SPR untuk meletak jawatan beramai-ramai atas alasan mereka gagal membuat ulangkaji persempadanan semula.

Kali terakhir persempadanan semula dibuat adalah pada tahun 2003.

Syed dalam pada itu menambah SPR perlu membuktikan badan itu kekal berkecuali dan tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

"Dari segi undang-undang SPR layak berkuasa dan mempunyai persempadanan tetapi soalnya keyakinan, SPR kena persoalkan juga sendiri sama ada mereka boleh atau tidak mendapat keyakinan," jelas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana