PENDEDAHAN MEMALUKAN YANG TIDAK DISIARKAN OLEH MEDIA PEMBANGKANG!

Setiausaha Agung DAP sekali lagi dipersoalkan tentang tugas beliau di dalam parti DAP.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'kehilangan' 851 perwakilan pada Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September lalu.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, selain Guan Eng, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut yang disifatkannya tidak pernah berlaku dalam sejarah politik dunia.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

* Lim Guan Eng dan Karpal Singh perlu jelaskan kepada semua pihak termasuk ROS dan SPR tentang 851 perwakilan yang missing in action pada Kongres Khas parti itu, 29 September lalu.

* Kesemua perwakilan itu yang mewakili 33 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,576 perwakilan layak hadir dan mengundi tetapi 'hilang' semasa kongres tersebut.

* Pada pemilihan tahun lalu, seramai 753 perwakilan tidak hadir dan kali ini jumlah mereka meningkat kepada 851 orang. Apakah mereka ini merupakan mangsa-mangsa politik Lim Guan Eng? Ini merupakan rekod dunia. Di manakah hak mereka kerana belum pernah berlaku dalam sejarah dunia politik keadaan sedemikian.

* Sehubungan itu, KITA ingin memberitahu bahawa 851 orang perwakilan itu perlu tuntut hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan DAP iaitu mereka boleh membuat aduan kepada ROS dan pertubuhan itu wajib melayan dan menyiasat aduan tersebut sebab hak mereka telah dinafikan dan dizalimi oleh pemimpin parti mereka.

* KITA percaya sekiranya kesemua 851 perwakilan itu hadir pada pemilihan tersebut, ia akan merubah keseluruhan keputusan pemilihan CEC sehingga memungkinkan kedudukan Guan Eng akan jatuh ke tangga ke-23 berbanding kelima.

* Sebagai rakyat Malaysia, saya melihat perkara ini sebab ia membabitkan 38 ahli Parlimen daripada parti itu sekali gus memalukan negara kerana negara luar sentiasa memerhati setiap pemilihan parti politik negara ini. seterusnya

Untuk rekod, Lim Guan Eng DAP telah 'tergolek' jatuh ke tangga 5 dan mendapat undi popular yang berkurangan semasa Kongres DAP baru-baru ini.

Walaubagaimana pun, anak Lim Kit Siang DAP itu masih dapat menjawat jawatan terpenting dalam parti DAP manakala calon yang mendapat undi popular yang terbanyak hanya sekadar menjawat jawatan pengerusi biro sahaja.

Lim Guan Eng DAP yang sebelum ini lantang mempertikaikan undi popular BN pada PRU13 yang lepas tetapi beliau sendiri dilihat tidak walk his talk, satu sikap yang boleh menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai ahli politik jika beliau tidak berhati-hati.

Maka, apakah benar kenyataan Tunku Aziz yang tidak percaya kepada Setiausaha Agung DAP itu?

Satu lagi persoalan yang timbul ialah apakah rakyat masih mahu menerima komentar beliau yang sering menyerang pihak lain padahal beliau sendiri tidak menepati apa yang beliau sendiri perjuangkan?

Dan apakah Lim Guan Eng akan menjawab segala persoalan yang boleh menjatuhkan imej parti DAP itu?

Kita mungkin sudah tahu jawapannya. Malah sehingga ke hari ini, anak Kit Siang DAP masih belum lagi menulis menerangkan isu kalimah Allah yang mendatangkan kemarahan umat Islam di negara ini. Benarkah?

Tetapi dalam masa yang sama, MiM tertanya-tanya dimanakah kelibat kebanyakan kepimpinan BN yang tidak mengeksploitasikan isu yang memalukan parti DAP itu to the fullest.

MiM percaya jika isu ini melibatkan parti-parti di dalam BN, pemimpin-pemimpin dan media pembangkang akan serentak menghentam dan mengasak dari setiap penjuru sama selama yang mungkin seperti yang ditunjukkan dalam isu DS Zahid Hamidi dan Soroskini Malaysiakini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana