Pembangkang Pertikai PCA Sebab Takut Bayang-bayang Sendiri

PCA diputuskan bagi menjamin keselamatan rakyat daripada penjenayah tegar dan bukannya disasarkan terhadap parti-parti politik yang tidak sealiran pendapat khususnya pembangkang.

“Mana-mana individu termasuklah golongan pembangkang yang tidak sependapat dan berlainan pendirian dengan kerajaan tidak perlu gusar jika tidak lakukan apa-apa jenayah kerana undang-undang ini ditujukan kepada pelaku yang bertindak melanggar undang-undang dan bukannya kepada ahli politik,”kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata pakatan pembangkang akan mengadakan bantahan dalam bentuk kempen dan forum bagi membantah undang-undang tersebut dengan menganggapnya sebagai undang-undang rakus dan disalah gunakan.

“Pakatan pembangkang sememangnya suka mencari jalan untuk mempertikaikan apa saja tindakan dan dasar kerajaan termasuklah PCA walaupun secara jelas tahanan tanpa bicara di dalamnya adalah berbeza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dimansuh pada April 2012.

“Ini kerana PCA masih mewujudkan elemen-elemen hak-hak kemanusian dan ada hak-hak untuk membela diri namun sekiranya ia disalahguna maka memanglah akan menjadi rakus sebagaimana jawatan ketua pembangkang yang juga disalahguna sehinggakan apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan akan dibangkang dan dianggap negatif.”

Ujarnya, sewajarnya ketua pembangkang dan pakatan pembangkang yang bijak akan dapat membezakan mana-mana perkara yang patut untuk dipertikai dan ada perkara-perkara yang disokong khususnya yang berkait dengan soal kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

“PCA ini mensasarkan golongan penjenayah terancang dan jenayah terancang dengan ada peruntukan untuk tahanan tanpa bicara sebagaimana ISA dan EO namun bezanya ISA dan EO diletakkan di bawah kuasa eksekutif atau kuasa menteri.

“Ini berbeza dengan PCA yang diletakkan di bawah lembaga yang dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat penilaian tanpa kuasa atau campurtangan daripada mana-mana menteri kerana ia adalah badan bebas yang tidak boleh dipengaruhi.

“Ini adalah akta yang telah dibahas dan diluluskan dengan dianggotai oleh badan bebas yang sememangnya mempunyai kredibiliti dalam profesionalisme mereka, mempunyai akuantibili dan ketelusan tanpa campurtangan mana-mana pihak sekalipun badan politik.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana