Pegawai polis wanita didakwa sengaja lepas tahanan

GEORGETOWN: Pegawai polis wanita, hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, terhadap dua pertuduhan termasuk satu pertuduhan sengaja melepaskan seorang tahanan.

Bagi pertuduhan pertama, Asisten Superintenden L Chand Kumari, 56, yang
berkhidmat lebih 20 tahun dengan Polis Diraja Malaysia didakwa sengaja

melepaskan tahanan, K Prabaharan, 45, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan
pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town, 9 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 225A (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis
Timur Laut pada kira-kira 8.05 malam, hari yang sama berhubung insiden itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 182 kanun sama yang membawa hukuman penjara
sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faisal Md Noor manakala
tertuduh diwakili peguam RSN Rayer dan V Parthipan.

Terdahulu, Parthipan mengemukakan pemohonan supaya mahkamah melarang
sebarang liputan media untuk kes itu bagi menjaga kepentingan tertuduh dan
keluarganya kerana tertuduh seorang pegawai kanan polis.

Bagaimanapun, Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar menolak permohonan itu dan
membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta
menetapkan 25 November sebagai tarikh sebutan semula. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana