PDRM terima 8.8 bilion untuk kurangkan kadar jenayah...Syabas Kerajaan Untuk Membasmi Penjenayah

Dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara, kerajaan memperuntukkan RM8.8 bilion kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Bajet 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan itu menunjukkan keutamaan kerajaan terhadap keselamatan dan ketenteraman awam selain komited dalam membanteras jenayah.

Dalam membanteras jenayah, kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi melengkapkan PDRM dengan senjata api, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik.

"Kerajaan juga akan menambah 496 bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan peruntukan RM20 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan menambah 200 buah motosikal lagi untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM tahun depan menjadikannya 2,000 buah motosikal dalam tempoh dua tahun.

"Tahun ini, kerajaan bersetuju menambah 800 buah motosikal dengan peruntukan RM200 juta," katanya.

Perdana Menteri berkata bagi memperkasa perkhidmatan PDRM, kerajaan akan membina dan menaik taraf ibu pejabat polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kuarters kakitangan dengan peruntukan RM128 juta.

Peruntukan itu termasuk pembinaan IPD baharu di Pasir Mas (Kelantan), Kota Setar (Kedah), Johor Baharu Selatan (Johor), Sipitang (Sabah), Nusajaya (Johor) selain pembinaan balai baharu di Pengerang (Johor), Tongod (Sabah) dan Country Homes Rawang (Selangor).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana