PAS Bimbang Gagal Pertahan Majoriti DUN Sungai Limau

Selepas hari ke lima berkempen, PAS mula membayangkan bahawa parti itu berkemungkinan gagal mempertahankan majoriti besar yang dimenanginya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun yakin parti itu boleh mempertahankan kemenangan di DUN Sungai Limau pada pilihan raya kecil 4 November ini, namun beliau turut mengakui menghadapi tentangan sengit daripada Barisan Nasional (BN).

"Kita menghadapi cabaran yang cukup hebat daripada jentera BN.

"Perkara ini amat kita bimbangi dalam usaha untuk pertahankan kerusi DUN Sungai Limau," katanya kepada mStar Online pada Ahad.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

PAS menghadapi tekanan untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang menjadi kubu kuat parti itu seelepas bekas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak memenangi kawasan berkenaan selama lima penggal sejak 1995.

Azizan mengekalkan kerusi itu pada PRU-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Sementara pada sidang media harian jentera pilihan raya PAS, Mahfuz yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau berkata, beliau sedia mengumumkan jangkaan jumlah majoriti undi yang boleh diperoleh parti itu nanti.

"Saya akan umumkan berapa majoriti yang kita jangka boleh peroleh dalam sehari dua ini.

"Hanya boleh umumkan selepas saya lihat dahulu serangan yang sedang kita hadapi sekarang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana