Padah tidur di atas jalan

Melaka – “Sebaik tiba di tempat kejadian, saya lihat lelaki berpakaian lengkap itu terbaring di tengah jalan dengan kepalanya berlumuran darah dan seolah-olah sudah tidak bernyawa.
“Tersentak melihat keadaan itu, saya yang menunggang motosikal segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan,” kata seorang remaja lelaki dikenali sebagai Adnan, 17, yang menemui mayat seorang lelaki dipercayai gelandangan di Ladang Bertam, Krubong, di sini, semalam.
Difahamkan, mangsa berusia lingkungan 40-an tidur di atas jalan sebelum kepalanya digilis sebuah kenderaan yang melalui kawasan ladang kelapa sawit itu.
Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di tempat kejadian sebelum ditemui remaja berkenaan pada jam 7.35 pagi, menurut sumber Hmetro.
Menurut Adnan, dia yang sedang berada di rumahnya di sebuah kampung berdekatan menerima panggilan daripada seorang rakan memaklumkan berlaku kemalangan di kawasan terbabit.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana