Padah lari sekatan polis...

IPOH - Gara-gara cuba melarikan diri daripada Ops Sekatan Jalan Raya (SJR) bersepadu, sepasang kekasih menaiki motosikal terbabit dalam kemalangan ketika membuat pusingan U di Jalan Raja Musa Aziz, tengah malam semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, pasangan berusia lingkungan 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah ibu angkat perempuan terbabit sebelum terlibat dalam insiden berkenaan.

Penunggang motosikal yang juga teman lelakinya dipercayai tidak mempunyai lesen memandu dan baru datang dari Kuala Lumpur untuk berjumpa kekasihnya.

Bagaimanapun, ketika membelok berhampiran Klinik Kesihatan Greentown, motosikal jenis Modenas yang dinaiki pasangan tersebut bertindak menentang arus sehingga menyebabkan mereka bertembung dengan sebuah kereta yang melalui jalan itu.

Akibat kemalangan itu, separuh daripada motosikal tersebut terperosok di bahagian bawah bonet kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an.

Pembonceng motosikal terbabit mengalami kecederaan di kaki kanan manakala teman lelakinya tidak mengalami tidak cedera. Mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, dalam insiden berasingan, sebuah kereta jenis Proton Satria disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi sama yang dijalankan di Jalan Sultan Idris Shah.

Pemilik kereta berusia 20-an itu dipercayai dari Klang, Selangor dan memandu kenderaan tersebut tanpa lesen, selain tidak mengisytiharkan sudah menukar enjin kereta daripada 1.3 kepada 2.0.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata empat lokasi dipilih dalam operasi yang bermula jam 10.30 malam kelmarin.

“Lokasi yang terlibat adalah di Jalan Sultan Idris Shah (Bangunan TM), Jalan Hospital (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson) dan Jalan Raja Musa Aziz (Klinik Kesihatan Greentown, Taman Dr Seenivasagam).

“Dalam operasi ini seramai 78 anggota dan pegawai yang terbabit terdiri daripada anggota trafik dari Unit Penguat kuasa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, JPJ, Rela dan polis sukarelawan (PVR),” katanya.

Katanya, sebanyak 130 saman dikeluarkan ke atas kenderaan yang diperiksa atas pelbagai kesalahan. - Sinar Harian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana