Nyaris temui ajal kenderaan terbalik....

BESUT - Dua pemandu nyaris maut apabila kenderaan yang dipandu mereka berlanggar antara satu sama lain sebelum salah sebuah daripada kenderaan itu terbabas lalu terbalik beberapa kali.

Kejadian kira-kira jam 7.05 pagi itu berlaku apabila Proton Wira yang dipandu seorang wanita dalam perjalanan dari arah Jertih ke Kuala Terengganu dikatakan memasuki lorong bertentangan.

Pada masa sama sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang dipandu Mohd Erman Yusof, 34, dari arah Kuala Terengganu cuba mengelak kereta terbabit yang masuk ke laluannya.

Bagaimanapun berlaku pergeseran antara dua kenderaan tersebut menyebabkan Mitsubishi Storm hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh beberapa tiang papan tanda.

Kenderaan itu kemudiannya terbalik beberapa kali sebelum berhenti beberapa meter dari sungai, namun pemandunya bernasib baik kerana hanya mengalami luka di bahagian tangan kiri.

Manakala pemandu wanita dipercayai seorang guru yang dalam perjalanan bertugas di Sekolah Kebangsaan Penarik tidak mengalami kecederaan.

Mohd Erman berkata, dia terkejut apabila sebuah Proton Wira tiba-tiba memasuki laluannya ketika sampai berhampiran simpang SK Apal.

“Saya cuba mengelak daripada bertembung, tetapi tetap bergesel sebelum kereta saya terbabas di tepi jalan dan terbalik sebanyak dua kali.

“Ketika itu saya ingatkan nyawa saya akan berakhir memandang kereta saya terbalik, manakala di bahagian depan sebelah jambatan itu adalah sungai,” katanya.

Sebaik kejadian, Mohd Erman ke Hospital Besut untuk menjalani pemeriksaan kerana mengalami sakit badan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana