Murid Mati Terjerut Akibat Eksperimen Sendiri

KUALA KRAI 12 Okt - Seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut apabila lehernya terjerut di Kampung Bedal, Bukit Sireh, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi, Muhamad Idham Yusof, dikatakan melakukan eksperimen menjerat ayam dengan menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji.

Mangsa menggantung seutas wayar pada alang dapur rumahnya sebelum mencuba keberkesanan jerat itu dengan memasukkan kepalanya ke dalam perangkap sambil berdiri di atas kerusi.

Bagaimanapun murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bedal itu dipercayai tergelincir daripada kerusi menyebabkan wayar berkenaan menjerut lehernya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat dan disahkan meninggal dunia akibat ‘asphyxia’ atau lemas kerana kekurangan oksigen dalam otak.

Jenazah dituntut ahli keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bedal, malam tadi.
Foto : myMetro

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana