MUKHRIZ MEMANG YANG TERBAIK...INSYALLAH KEMENANGA BERPIHAK KEPADA BN

Jarang-jarang berlaku dalam PRK mahupun dalam PRU, BN menggunakan strategi PAS. Tapi di Sungai Limau setakat hari ketiga kempen, nampak begitulah.Ini kerana mungkin BN tahu cara terbaik untuk tawan balik DUN Sungai Limau adalah dengan menggunakan pendekatan yang sama dengan digunakan oleh ADUN PAS selama lima penggal di sini iaitu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Selama 25 tahun Azizan menjadi ADUN di Sungai Limau, pendekatan utama beliau yang menjadi tarikah adalah cara beliau yang sederhana.

"Ketika PRU13 lalu, ada pengundi yang beri undi Parlimen untuk BN dan undi DUN untuk PAS, sebab itu kita menang Parlimen tapi kalah DUN, undi ini kena cari balik,"kata salah seorang pegawai Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir.

Faktor utama yang menyebabkan pengundi atas pagar beri undi Parlimen pada BN dan undi DUN pada PAS adalah karaktor Azizan.

Beliau terkenal dengan pendekatan yang sederhana dan mesra dengan semua, termasuk BN.

Mukhriz ketika ditanya Agendadaily sendiri mengakui, beliau lebih gemar guna pendekatan sederhana Azizan termasuk bab pendekatan kempen BN.

"Walaupun saya dapat pelbagai laporan yang menyatakan pihak sana (PAS) agak agresif, saya membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan yang telahpun digunakan oleh ustaz Azizan sendiri iaitu berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam kempen pilihan raya," katanya.

Jika tengok gerak kerja PRK Sungai Limau pun, Agendadaily difahamkan, BN menggunakan pendekatan 'low key' iaitu kempen bergerak dari rumah ke rumah.

Hanya ada beberapa ceramah besar, namun 60 peratus kempen yang dirancang adalah adalah kempen 'bersua-muka'.

Contohnya jadual pergerakan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada malam Khamis, beliau melawat lima PDM dari 19 PDM di Sungai Limau.

"Hanya perjumpaan kelompok di mana kita pilih satu rumah, kumpulkan orang kampung dan calon datang bertemu mereka,"kata wakil calon BN Ku Razak.

Setakat tiga hari ini, pendekatan BN nampaknya berjaya kini tunggu tengok apa nak jadi pada baki sembilan hari lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana