Mukhriz cabar PAS lapor SPRM dakwaan beli undi

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mencabar PAS agar meneruskan hasrat mereka untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beli undi di majlis pemberian bantuan perumahan dan cermin mata percuma Yayasan Felda semalam.

"Teruskanlah kerana saya tak tahu bagaimana mereka mahu buktikan dakwaan itu," katanya pada sidang media petang tadi.

Beliau juga mendakwa pemberian bantuan seumpama itu turut dilakukan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

"Mereka buat perkara sama di Pulau Pinang dan Selangor dan waktu pilihan raya kecil di Galas, Gua Musang," dakwanya tanpa mengulas lanjut tentang perkara itu.

BN semalam menerusi Yayasan Felda memberikan bantuan berjumlah sekurang-kurangnya RM1.12 juta kepada penduduk Sungai Limau di kawasan Simpang Tiga dalam bentuk bantuan memperbaiki rumah dan pemberian cermin mata percuma.

Bantuan itu adalah dalam bentuk geran RM5,000 untuk setiap isi rumah kepada 200 keluarga serta pemberian 700 cermin mata percuma yang bernilai kira-kira RM180 setiap seorang kepada hadirin majlis itu.

PAS pada sidang media pagi tadi menerusi ADUN Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata pihaknya akan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana