MUKA PURA - PURA PAKATAN RAKYAT..

Nak hidup kena belajar ini macam. Relaks saja buat muka seposen. Senyum mesti lebar. Peduli apa video seks wajah seiras bersepah... janji penyokong tegar tak lari.

Mereka yang berada di lobi Parlimen petang Jumaat dapat melihat aksi ini dicelah-celah kehangatan Datuk Seri Najib Tun Razak bentang bajet 2014.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang tayang buku bajet versi Pakatan Rakyat. Modal kurang tetapi cakap kena bergemuruh. Bedal apa saja yang kerajaan nak buat.

Entah pakar ekonomi mana yang Anwar rujuk bila beliau senang-senang mendakwa kerajaan menghukum rakyat kerana melaksanakan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Sebaliknya bukan satu atau dua tetapi 160 buah negara di dunia ini sudah gunapakai GST.

Bayangkan Anwar nak lawan apa yang sudah dilaksanakan di 160 buah negara semata-mata untuk memperlekehkan keputusan kerajaan.

Itu mungkin standard bangkangan tepi longkang puak pembangkang.

Najib yang beri angka itu dalam ucapan beliau kata ini menunjukkan GST adalah sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan.

Katanya jika GST memudaratkan rakyat dan negara masakan majoriti negara di dunia mengunapakai sistem percukaian ini.

Itulah lojiknya.

Di laman facebook pula ada yang buat lawak reka singkatan GST sebagai ' Gila Sampai Tua'. Entahlah kepada siapa yang mereka tuju singkatan itu.

Agak menarik...Perdana Menteri seolah ingin mempastikan rakyat negara ini tidak lupa pada satu pembohongan besar.

Semasa mukadimah ucapan pembentangan bajet itu beliau antara lain secara spesifik mempersoalkan mengenai dakwaan pembangkang adanya 40,000 orang Bangladesh menjadi pengundi hantu semasa pilihanraya umum ke 13.

"Hinggalah hari ini, tiada siapapun yang pernah melihat kelibat, apatah lagi bayang mereka itu.Cukup-cukuplah pembohongan, beristighfarlah banyak-banyak, Astaghfirullah-hal azim," kata Najib.

Mana agaknya bos-bos pembangkang nak letak muka mendengar kata-kata itu bergema dalam Dewan Rakyat.

Semua orang tahu betapa hebohnya puak pembangkang pukul canang isu itu masa hari pilihanraya.

Bukan setakat itu malah selepas pilihan terus menganjurkan pelbagai perhimpunan untuk mempertikaikan keputusan atas pembohongan isu pengundi Bangladesh.

Soalnya mana 40,000 orang Bangladesh itu.

Malah dalam petisyen-petisyen pilihanraya yang dibuat hal ini tidak berbangkit.

Namun bos-bos pembangkang masih tetap boleh buat muka seposen macam tak ada hal.

Seperti biasa penyokong tegar termasuk yang sekolah tinggi dan bijak pandai akan telan bulat-bulat pembohongan yang tidak dapat diselindung dengan seurat benang ini tanpa soal jawab.

Najib seolah menyindir mereka bila kata jumlah rakyat Malaysia kini seramai 27.4 juta, "tidaklah termasuk 40,000 orang Bangladesh yang didakwa oleh pembangkang".

Berdasarkan bancian Penduduk dan Perumahan 2010, anggaran penduduk 2013 menunjukkan jumlah warganegara Malaysia lebih 27.4 juta orang.

Ia terdiri daripada Melayu dan Bumiputera, sama ada Islam mahupun bukan Islam adalah sebanyak 18.6 juta (67.9 peratus), Cina 6.6 juta (24 peratus), India 2 juta (7.2 peratus) dan lain-lain kaum 259,000 (0.9 peratus).

"Pendek kata, setiap kaum atau suku tidak kira peratusannya adalah mustahak dan penting dalam perjalanan negara menuju kejayaan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong dan mendokong serta mewibawakan mandat ke atas Barisan Nasional pada vPRU 13 untuk terus menerajui kepimpinan negara.

“Ini membuktikan, biarpun kita berdepan pelbagai rintangan, walaupun dilontar segala bentuk tohmahan dan diaak bermacam dugaan, Barisan Nasional terus kental, terus bertahan, terus teguh sebagai parti pilihan rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Najib mengakui, PRU 13 begitu mencabar dan penuh tentangan sehingga diberi gelaran oleh kawan dan lawan sebagai ibu segala pilihan raya.

Bajet 2014 adalah yang pertama dibentangkan Najib selepas PRU 13 dan kali kelima sebagai Menteri Kewangan.

Menurut Najib, bajet berkenaan merupakan dokumen pasca pilihanraya sebagai antara prakarsa penting memenuhi akujanji yang diikrarkan semasa pilihanraya.

Bahkan katanya, inilah kesinambungan kepada sebuah perjalanan Barisan Nasional agar terus berkobar dan bersemangat dengan api perjuangan yang marak menyala bagi menerajui negara untuk tempoh 50 tahun akan datang.

“Tapi biasalah, bak kata orang Pekan, “maaf bercakap, nak buat macam mana, sabor jerlah’. Apapun kebaikan yang kita buat, apa pun amal kebaikan ada saja yang tidak betul di mata kawan-kawan di seberang sana (pembangkang),” ujarnya.

Apa yang pasti katanya, kerajaan tidak sesekali akan membiar dan merelakan orang yang tidak bertanggungjawab mengambil alih kerajaan dan Putrajaya akan dipertahankan sampai bila-bila.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana