MP Pakatan diselar tak hadir perbahasan PCA...Biasalah Menyokong Penjenayah

SHAH ALAM: Ketidakhadiran seramai 23 ahli Parlimen pembangkang semasa Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah 2013 (Pindaan dan Pemerluasan) diluluskan malam tadi mendapat kritikan ramai pihak.

Perkara itu bertambah ketara apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak hadir semalam meskipun banyak perkara mengenai pindaan akta berkenaan tidak dipersetujui oleh beliau.

Turut tidak kelihatan adalah anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli termasuk Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Klang, Karpal Singh dan Charles Santiago.

Walaubagaimanapun, Anwar pada hari ini memberitahu ketiadaan beberapa ahli Parlimen pembangkang kerana mempunyai urusan di Jepun untuk menyelesaikan beberapa isu berhubung Perjanjian Trans-Pasifik Asia (TPPA).

Manakala Rafizi dan beberapa yang lain dilaporkan menunaikan ibadah haji.

"Ada beberapa lagi baru sahaja pulang dari berjumpa dengan Pope. Selebihnya mungkin sekretariat Pakatan akan cuba dapatkan penjelasan mengapa mereka tiada. Tapi secara amnya, kita dapat lihat ada 90 peratus MP hadir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Peguam PKR, Latheefa Koya melalui akaun Twitter miliknya mendakwa undang-undang itu tetap diluluskan tanpa mengira ketidakhadiran ahli-ahli Parlimen yang lain.

"(Ia) nampak kebudak-budakan apabila mereka menegur MP Pakatan Rakyat yang sedang menunaikan haji - atas ketidakhadiran mereka untuk undi belah bahagian PCA - Tumpukan pada urusan (haji) - Jangan rasa terganggu," katanya.

Manakala Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata bacaan kali kedua PCA hanya diberitahu dengan notis segera sahaja.

Apa yang penting katanya, pembangkang akan tetap memperjuangkan ketidaksetujuan mereka terhadap PCA ini sehingga habis-habisan setelah mendakwa ia melibatkan isu hak asasi manusia.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook seterusnya menjelaskan ketiadaan Karpal adalah kerana beliau kurang sihat, namun menegaskan ia bukan bermaksud Karpal tidak ambil peduli sebarang pindaan ke atas PCA.

Namun dalam masa sama Anthony menyatakan hal ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

"Saya faham perasaan penyokong kami. Namun sebagai ahli Parlimen, saya ingin kehadiran penuh. Kami akan cuba untuk mengelakkan masa ini akan datang," katanya.

Rang Undang-undang ini telah diluluskan pada 12:50, selepas hampir lapan jam ia dibahaskan yang mana sebanyak 115 undi sokongan oleh ahli Parlimen BN manakala pembangkang pula sebanyak 66 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana