Menteri tiada kuasa dalam PCA - Zahid

KUALA LUMPUR: Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang diluluskan semalam tidak akan memberikan kuasa sepenuhnya kepada menteri dalam mengeluarkan arahan tahanan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi berkata arahan tahanan terhadap penjenayah hanya akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Manakala dulunya di bawah ISA, Ordinan Darurat (EO) dan juga Akta Kediaman Terhad, menteri mempunyai kuasa mutlak untuk mengeluarkan arahan tahanan tetapi di dalam PCA ini, kuasa menteri sudah ditiadakan.

"Ertinya kerajaan telah mengambil keputusan transformasi yang diambil oleh perdana menteri adalah juga mengambil kira soal hak asasi manusia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Justeru katanya akan terdapat satu badan khas yang akan diberikan kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah.

"Terdapat badan pencegahan jenayah sebagai badan yang akan menjatuhkan hukuman untuk penahanan.

"Harus diingati bahawa penahanan ini merupakan penahanan pencegahan dan mahkamah tinggi merupakan pihak yang akan memuktamadkan keputusan yang dibuat oleh badan pencegahan jenayah," katanya.

Pembangkang hari ini nekad menolak PCA meskipun akur kadar jenayah di negara ini semakin meningkat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan dialog dan kempen bagi menunjukkan kononnya kerajaan begitu terdesak mahu menggunakan akta tersebut.

Mengulas lanjut, Zahid berkata Pakatan Rakyat tidak perlu melatah untuk memperjuangkan hak asasi mereka yang dihukum dibawah akta itu.

"Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli parlimen pembangkang, tetapi saya telah menyatakan bahawa bagaimana tentang hak asasi kepada mangsa-mangsa perbuatan jenayah atau kongsi gelap.

"Dan mangsa-mangsa ini harus diberikan pembelaan, bagaimana pula dengan nasib polis ? Samaada yang tertembak mati atau tercedera atau mengalami sebarang tindakan daripada penjenayah, mereka juga mempunyai hak asasi manusia," katanya.

Justeru Zahid berkata, pemimpin Pakatan Rakyat harus berlapang dada dan memberi ruang kepada polis untuk melaksanakan tugasnya.

"Di dalam hal ini saya akan mengambilkira semua pertimbangan, saya mengharapkan pihak pembangkang dan pihak kerajaan bukan berkompromi.

"Tetapi PCA ini diterima sebaik-baiknya tetapi kalau tidak sepenuhnya pada semua pihak tetapi ianya dapat dihormati sebagai suatu undang-undang pencegahan dan pembanterasan jenayah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana