Mat Yo tidak salah, tayang 'Allah always with me' di baju

SHAH ALAM: Tindakan pemain bola sepak kebangsaan, NorShahrul Idlan Talha yang memakai baju yang tertera tulisan 'Allah always with me' tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid.

Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Bahrain bertindak menyelak jersinya dan menayangkan baju dalamnya yang tertulis perkataan itu.

Malaysia bertemu Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, pada Selasa.

"Secara peribadi pada saya tidak menjadi satu kesalahan kerana yang penting ia dalam tulisan rumi. Namun sekiranya ia dalam tulisan jawi, ia dkhuatiri apabila masuk ke dalam tandas dan mencemarkan lafaz itu di dalam tandas.

"Itu yang dipertikaikan. Tetapi jika 'Allah' ditulis dalam tulisan Jawi, masuk tandas dan duduk cangkung buang air besar dan kecil, ia mencemarkan tulisan. Jika tulisan rumi, masih khilaf dan tak menjadi kesalahan. Bila mahu (ke tandas) kena buka dan tanggallah," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Jelasnya, jika tulisan berkenaan ditulis dalam bentuk Jawi, ia kemungkinan akan mencemarkan kesucian lafaz kalimah Allah tersebut.

Pendapat sedemikian turut dikongsi oleh Presiden Ikatan Musimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman yang merasakan tiada masalah dari segi hukum agama.

"Tak apa, okay dan tiada masalah. Maknanya tiada apa-apa halangan dari segi hukum.

"Dalam konteks itu jika dia tiada niat apa-apa untuk menghina dan sebagai satu tulisan pada baju sahaja, ia tiada masalah dalam hal hukum," demikian menurut beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana