MAKLUMAT BETUL MENGENAI GST AKAN DISEBARKAN - WAHID

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata apabila GST dikuatkuasakan pada 1 April 2015, maklumat betul dan tepat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan disebarkan kepada rakyat bahawa pengenalan GST tidak akan membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah kerana ia bukannya cukai tambahan kerana cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada akan dimansuhkan.

KINI TERDAPAT BANYAK MAKLUMAT YANG TIDAK TEPAT DISAMPAIKAN OLEH PIHAK PEMBANGKANG.....DENGAN MENGATAKAN IA CUKAI TAMBAHAN.....

Pelaksanaan GST juga penting untuk kurangkan defisit negara dari 3.5 peratus pada 2014 kepada 3 peratus menjelang 2015.
Beliau mengulas kebimbangan rakyat mengenai cukai GST pada kadar 6 peratus yang diumumkan dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan menyifatkan GST sebagai satu sistem percukaian terbaik dan terbukti berkesan dengan lebih 160 negara sudah melaksanakan cukai tersebut.

Abdul Wahid berkata kadar 6 peratus itu adalah terendah di Asia Tenggara dan dalam kalangan negara ASEAN termasuk Singapura dan Thailand yang kadar GST masing-masing adalah 7 peratus manakala negara lain dari 10 hingga 12 peratus.

Bagi mereka yang dikatakan terjejas berkaitan dengan andaian mereka, kita (kerajaan) juga (akan beri) bantuan kewangan RM300 (kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia) apabila kita perkenalkan GST.

"Kedua, dari segi cukai perkhidmatan bagi golongan pertengahan, kerajaan akan kurangkan sehingga 3 peratus dan ketiga, kita (kerajaan) juga perkenalkan pelepasan cukai individu sebanyak RM2,000, ia akan mengurangkan beban. Jadi kita kena melihat secara pakej," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana