Madonna Mempelajari Islam…?

Daripada penganut tegar Roman Katolik, kemudian menganut Kabbalah, Madonna sekali lagi membuat kejutan apabila mengaku kini mempelajari al-Quran.

“Ramai orang jadi gementar! Ramai jadi marah-marah.

“Adakah saya melakukan sesuatu yang bahaya. Saya tertanya-tanya adakah cubaan menjalin hubungan dengan Tuhan dianggap sebagai tindakan berani. Mungkin juga.

“Kepada orang tertentu, ini pemikiran berani.” kata Diva pop itu menyentuh pengakuannya dalam majalah fesyen edisi terkini Harper’s Bazaar.

Dalam wawancara itu Madonna berkata: adalah penting mempelajari semua kitab suci agama lain.

Madonna mengulangi kata-kata sahabatnya Yaman:

“Seorang penganut Islam adalah seorang Yahudi yang baik juga Kristian yang baik dan seterusnya. Saya amat bersetuju kata-kata itu.”

Madonna berkata, dia percaya amalan keagamaan tetapi bukan kepada peraturan.

‘Peraturan hanya diikut manusia tanpa bantahan.

“Perintah adalah apa yang berlaku apabila kata-kata dan perbuatan me­nyatukan manusia, bukan memisahkan mereka. Ya, Saya suka provokasi, wujud dalam DNA saya. Sembilan daripada 10 provokasi yang dilakukan saya mesti ada sebab,” kata penyanyi lagu Like A Prayer itu.

Selepas lebih sedekad menyanyikan lagu itu Madonna masih tercari-cari siapa Tuhan didambakan selama ini.

Madonna menjadi penganut Kabbalah sejak 1996. Penyanyi itu memaksa bekas suaminya, pengarah Britain, Guy Ritchie menghadiri setiap majlis Kabbalah sebelum mereka bercerai pada 2008.

Penyanyi itu dikatakan membuat minuman jus oren anaknya dengan air suci Kabblah dan kerap memakai baju putih kerana menarik kuasa positif.

Madonna mula mempelajari Islam sejak keluar bersama kekasih baru­nya, Brahim Zaibat, 25. Penyanyi itu dilaporkan sering berbalah mengenai agama kerana kekasihnya penganut Islam.

Percubaan Madonna membina projek sekolah untuk kanak-kanak perempuan Islam di luar negara menemui kegagalan.

Pada 2008, projek membina sekolah di Malawi gagal selepas bantuan STG2.4 million (RM12.24 juta) yang disalurkan untuk projek itu diseleweng.

Projek diilhamkan Madonna itu mengadakan kutipan amal membangunkan Malawi pada 2006 bersama Pusat Antarabangsa Kabbalah berpangkalan di Los Angeles.

Madonna tidak terbabit dalam skandal penyelewengan itu kerana tidak menganggotai lembaga kutipan amal projek berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana