Lim Kit Siang Mahu Menjadi Hero Lah Kononnya....

Yang nak aku tanya kat sini ialah, semasa kematian Almarhum TSDS Azizan tempohari, ketika PAS berkabung kesedihan, ketika PAS berduka kehilangan seorang pemimpin yang mereka kagumi, ada ke ternampak bayang Lim Kit Siang bersama PAS?

Tapi bila ada pilihanraya kecil, ada peluang, ada pentas untuk memaki hamun dan menyalahkan kerajaan yang memerintah, belumpun penamaan calon, baru nak umum nama calon, si Kit Siang dah terhegeh-hegeh sorong muka.

PAS yang jadi baghal DAP pulak tanpa teragak-agak memberikan pentas untuk Kit Siang berucap. Langsung tak ada rasa kecil hati atau terguris rasa oleh PAS dengan tiadanya penghormatan, tiadanya ziarah dari Kit Siang semasa pengkebumian TSDS Azizan.

Seharusnya, dengan budi Kit Siang yang sebegitu, bukannya pentas untuk berucap yang patut PAS berikan kepadanya, tetapi PAS sepatutnya menghalau Kit Siang agar jangan menyibuk dengan pilihanraya kecil ini dan kalaupun nak datang, tunggulah sehingga selesai pembuangan undi nanti. Tapi nak buat camna, baghal memang kena patuh pada tuannya!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana