Larangan The Herald guna Allah tidak akan ditarik balik...Syabas Zahid Memang Yang Terbaik

PUTRAJAYA: Kerajaan bertegas akan berpegang pada keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Rayuan berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan Katolik, The Herald, 14 Oktober lalu.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, keputusan mahkamah itu harus dihormati semua pihak bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan.

Zahid juga menegaskan, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut bebas untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan untuk tindakan selanjutnya.

"Saya fikir apa yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan itu adalah sesuatu  yang perlu dihormati oleh semua pihak dan jika pihak berkenaan tidak berpuas hati ianya boleh dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk tindakan perundangan selanjutnya.

"Di dalam perkara ini kami KDN mematuhi sepenuhnya apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan yang telah membuat keputusan sedemikian," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau menjawab sedemikian ketika diajukan soalan berkenaan pendapat bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Abu Talib Othman yang meminta KDN untuk menarik balik perintah larangan pada 1986 yang melarang penganut agama Kristian menggunakan Kalimah Allah, perkataan Kaabah, solat dan Baitullah.

Talib berkata isu kalimah Allah akan selesai jika larangan KDN itu ditarik balik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana