Langgar Perlembagaan DAP : ROS Didesak Ambil Tindakan.


PUTRAJAYA 17 Okt - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) didesak agar mengambil tindakan terhadap DAP kerana melanggar perlembagaan dalam menganjurkan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 29 September lalu.

Bekas Penolong Setiausaha DAP Sungai Pelek Wong Yu Liuh berkata, ianya harus dilakukan agar ahli di peringkat akar umbi tidak tertipu dengan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

"Dalam perlembagaan notis 10 minggu akan diberikan seblum pemilihan CEC diadakan.

"YB Karpal Singh jelas mengatakan bahawa pemilihan CEC akan diadakan pada bulan November mengikut perlembagaan dan notis 10 minggu akan diberikan sebelum pemilihan" katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat aduan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pertubuhan (ROS) Dasmond Das.

Sehubungan itu, beliau bersama rakan yang lain termasuk bekas Ketua DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat menyerahkan surat aduan kedua kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terhadap DAP dan Lim Guan Eng.

"Lim Guan Eng tidak mematuhi perlembagaan parti .

"Kami berharap ROS bertindak dengan sewajarnya dan meneruskan siasatan lanjut sebelum mengiktiraf pemilihan CEC." katanya.

Sebelum ini bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi yang dipecat keahliannya David Dass berkata, pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dijadualkan pada 29 September ini melanggar beberapa perkara dalam perlembagaan parti itu.

Satu daripada pelanggaran peraturan perlembagaan ialah pemilihan semula perlu diadakan di bawah satu Kongres Kebangsaan dan bukan satu Kongres Khas seperti yang diumumkan DAP.

Tambahnya, langkah DAP mengumumkan pemilihan semula itu diadakan di bawah satu Kongres Khas menyalahi perlembagaan.

Sementara itu, Tan Tuan Tat menjelaskan, ROS telah menghantar surat pada 17 April lalu mengarahkan DAP mengikut peraturan perlembagaan parti 10 minggu membuat notis pemilihan baru.

Tambahnya, ramai di kalangan ahli DAP terkeliru dengan perlembagaan parti berhubung perkara tersebut.

"Kita seharusnya mengikut perlembagaan, apabila dia (DAP) tidak mengikut perlembagaan ahli parti akar umbi menjadi marah dan perkara ini perlu lapor kepada ROS.

"Di situ ramai ahli keliru terutama sekali orang cina yang mengatakan ROS adalah badan Barisan Nasional (BN), ROS bukan badan BN ia salah sama seklali. Ini sudah menjadi masalah dan isu perkauman." katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana