KPN Jemput Pemimpin PKR Sertai Operasi Polis Tembak Penjenayah...Tarak Berani lah Punya

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjemput Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran untuk menyertai operasi anggota polis untuk menembak penjenayah.

Khalid membuat jemputan tersebut di Twitter oada 11 Oktober dengan menyediakan baju kali peluru untuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau menerima tawaran bekrenaan.

"Untuk memberitahu apa yang terjadi ketika polis berhadapan dengan penjenayah dalam operasi yang dijalankan, kami menawarkan YB Surendran untuk menyertai kami," tweet Khalid.
Ketika dihubungi Star Online, Surendran berkata beliau telah memberi maklum balas kepada Khalid melalui Twitternya dan menerima jemputan ketua polis negara berkenaan.

Beliau berkata Khalid memberitahunya untuk menandatangani perjanjian perlindungan sambil menambah dia akan diselitkan untuk menyertai satu operasi membanteras penjenayah bersenjata akan datang.

Khalid juga meminta Surendran menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bila beliau bersedia untuk menandatangani perjanjian perlindungan dan mengukur saiz yang sesuai untuk baju kalis peluru.Surendran bagaimanapun belum lagi menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah berkenaan.Beliau berkata dia sedia berhadapan dengan sebarang risiko sama seperti pegawai polis yang terlatih.

"Jangan tembak untuk membunuh dan jangan tembak tanpa memberi sebarang amaran," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana