Kita tunggu sejauh mana Mahfuz Omar akan gunakan isu GST dalam PRK Sg Limau.

Harap-harap Mahfuz akan gunakan isu ini, walhal PM DS Najib sedang memasang perangkap untuk menjerat Mahfuz.

Meskipun Najib mengumumkan perlaksanaan GST, namun ia adalah tertakluk kepada perkara berikut:-

*Perlaksanaan hanya berkuatkuasa pada 1 April 2015.

*Penghapusan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan menggantikan dengan GST

*Kadar GST 6% (berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan antara 5% - 10%)

*Mengecuali barangan asas (keperluan) seperti beras, gula, garam, minyak masak, malah budu dan belacan dari dikenakan GST

*Penggunaan elektrik dan air untuk 200 unit pertama dikecuali dari GST.

Selain dari perkara-perkara di atas, pengangkutan awam dan perkhidmatan kewangan juga turut dikecualikan dari GST.

Insentif RM300 juga turut dicadangkan kepada mereka yang telahpun sedia ada tersenarai dalam penerima BR1M bagi bantuan bila GST berkuatkuasa.

Beranikah Mahfuz Omar guna isu GST di PRK Sg Limau?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana