Kes tembak pengasas AmBank: PDRM mohon ekstradisi

KUALA LUMPUR - PDRM akan memohon perintah ekstradisi daripada polis Australia sekiranya majikan kepada suspek utama kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (Ambank), Hussain Ahmad Najadi enggan menyerah diri dalam minggu ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki tempatan yang juga ahli perniagaan berusia 53 tahun itu dipercayai meninggalkan negara tiga hari selepas kejadian pembunuhan itu.

"Walaupun suspek dipercayai tidak berada dalam negara tetapi dia tahu bahawa polis sedang memburunya manakala keluarga suspek dikesan masih berada di sekitar Lembah Klang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, perintah reman ke atas suspek utama akan tamat Ahad ini dan kertas siasatan sedang dilengkapkan.

Suspek utama kes itu ditahan pada 22 September lepas bersama-sama dua rakannya dalam serbuan 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak .

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas.

Dalam perkembangan lain, polis masih meneruskan operasi pencarian pistol yang digunakan suspek dalam pembunuhan Hussain yang dibuang di kawasan Tasik Mines bersebelahan Lebuhraya Besraya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana